JellyPages.com

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

Sunday, 4 January 2015

Tragedi 2014. !



Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Pada malam isnin ni, saya tak tahu kenapa..kisah silam yang sangat mengerikan bagi saya bermain-2 di ruangan mata saya. Sungguh, amat menakutkan. Jika boleh minta, saya nak padam keluruhan memori tu. >.<

Saya nak bercerita,pengalaman hebat bagi saya. Mungkin no point untuk saya bercerita. Tetapi apakan daya, hati ni terlalu mendesak supaya saya dapat meluahkan dalam bentuk tulisan.

Pada tahun 2014, sy sem 4 di Kolej Kejururawatan Melaka. Hostel sy pada waktu tu di Pangsapuri Peringgit. Bangunan yang mempunyai 7/8 tingkat sangat meninggalkan kesan pengalaman hitam bagi sy serta rakan-rakan yang lain.
Pada satu malam, sy keluar ke rumah kawan sy..tetapi tak lama sebab pada malam tu sy serta kawan sy kak khaira nak stay up untuk study , lagipun.. kami semua dalam minggu exam. sy dan kak khaira housemate sy mmg sekepala sbb suke stay up tengah malam. Adakalanya,sampai tak tidur sampai ke pagi.
Tetapi mlm tu, jam menunjukkan pukul 10 lebih, masih awal..tetapi mata seolah-olah..mengantuk sangat.
sy ckp dengan kak khaira.. " kak khaira,sy ngantuk..nanti kejut sy dalam pukul 12.." . sy pun tertidur dekat luar bahagian ruang tamu sebab fikir nak tidur sekejap,lps tu nak sambung study.. bila sy tidur..kak khaira pun rasa mengantuk. Kak khaira msk tidur dalam bilik,tetapi pintu terbuka sbb sy tdr dkt luar. Kak khaira pun fkr hanya nak tdr sekejap dan ingin bangun balik sambung study..tetapi..

''..Aaaaa...'' sy terus terjaga bila dengar satu jeritan,dan melihat keadaan dalam kelam kabut dalam bilik.
Waktu sy bangun, kepala sy terasa sangat pening. sy sempat melihat jam hampir 4pagi. Fikir sy ,berlaku ''histeria''..sy cepat membaca ayatul kursi. hanya tu terus melintas dekat hati sy. Allah.
Apabila sy bangun berdiri untuk melihat apa yg terjadi dalam bilik, sy bertembung dengan seseorang..sy fikir tu housemate sy..sebab keadaan yang agak kelam sukar bagi sy nak lihat dengan jelas. sy pun bertanya ''kenapa ni.. kenapa sy dengar orang jerit''.. orang dihadapan sy tak menjawab, malah dia terus melarikan diri ke dapur. Ntah kenapa..sy seolah-olah..mengikuti dia. Sy sempat tunggu dekat belakang dia sewaktu dia membuka pintu dapur. Masa tu, sy hanya berdiam diri dan perasaan takut sangat menguasai diri.
.. sy tanya..''..nak pergi mana ni..'' ..Dia yang sy sangka kan housemate sy tu,terus melompat dari tiang dapur sy ke laluan hadapan rumah. Masa tu juga..sy melihat..pisau dari tangan nya terjatuh ke atas bumbung. Allah.
Sy sungguh terpaku. sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Tiba-tiba ..pintu rumah sy diketuk bertalu-talu. Semua housemate sy ckp.. ''ana..jangan buka..tolong jangan buka, duduk sini..jangan pergi mana-mana..dia PENCURI anaaa..''... Mengigil satu badan sy,bila sy dapat tahu..orang yang sy ikut tanpa sedar tu adalah pencuri. Allahurabbi.


Hampir satu bangunan Pangsapuri Peringgit bangun kerana situasi yang sangat bising. Lecturer kami dtg melihat kami semua. Alhamdulillah. semua nya selamat, cuma ada beberapa barang housemate sy hilang.
Polis juga datang untuk melihat kejadian yang menimpa kami semua. Pada waktu tu, masing-masing berpelukan antara satu sama lain kerana terlalu takut. Pada keesokkan harinya, kami semua ke balai polis untuk membuat laporan..

Pada malam berikutnya, kami semua seolah-olah trauma dengan apa yang terjadi.Cukup la sy mencerita keadaan sy pada ketika itu. Allah. semangat sy seolah-olah hilang.Baru diuji macam tu ,macam mana bagi orang yang menghadapinya lebih teruk. Allahurabbi tak terbayang sy.Cukup la satu pengalaman ni, mengajar sy 1001 erti.

Ketakutan yang sy alami ketika tu, sangat menghantui diri sy sampai sekarang.
Pada malam seterusnya..sy tak pernah tidur dengan tenang. Setiap langkah sy di sana tak pernah berseorangan, mesti ada teman walaupun ingin ke dapur. Allah.

Di class, ada classmate tanya pd sy.. ''ana, waktu ana tidur dekat luar, ana tak sedar ke.? dan..mungkin pencuri tu ada dalam rumah ana dalam waktu yang lama'' ..
sy ada terfikir tetang tu, malah menambah lagi rasa ketakutan dalam diri.
tiba-tiba..ada orang menjawab soalan kwn sy tu.." ..sy rasa kan ana, Allah selamatkan ana, Allah tutup hijab pencuri tu dari nampak ana..nak tahu sebab apa..sy tengok,tiap kali ana nak tidur..ana tak pernah lupa baca ayat kursi dan doa tidur..betul tak ana..''
Allah..kata-katanya sangat buat sy hampir menitis kan air mata. sy tak perasan kelakukan sy diperhatikan.
sy rasa sangat dan tersangat la bersyukur. Allah selamat kan sy dalam satu situasi macam-macam boleh berlaku. Allah.

ALLAH selamat kan sy untuk kali keduanya dengan bantuan ayat kursi. Bila terjadi pd diri baru sy tahu kekuatan ayatul kursi. Subhanallah..
Pada kali pertama, ketika sy melalui satu jalan yang sangat sunyi, dan pada waktu yang sama..sy diekori dengan sebuah kereta, sy perasan ada dua orang lelaki bertopi.. makin lama, makin dekat kereta tu mengikut pergerakan sy. Waktu tu, sy hanya memohon keajaiban dari Allah melalui ayt kursi.. sy ulang dan terus ulang membaca ayat kursi tersebut.. Dan..apa yang membuat sy terkejut, kereta tu makin dekat dengan sy..tetapi mereka seolah-olah tidak nampak sy. Lalu, kereta tu pun berlalu pergi. Menangis sy tika tu..hanya Allah yang mengetahuinya.

Dua kisah ni tak kan sy lupa sampai bila-bila.
Besarnya kuasa Allah. kun fa kun...
Nasihat sy..amalkan ayat kursi. InshaAllah..ia akan menolong kita.
InshaAllah.


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

No comments:

Post a Comment