Assalamualaikum.
malam ke-21 Ramadhan. Ramadhan hampir menutup tirai. kuat la wahai iman. sikit je lagi.
Biar malam mu tiada rehat. Biar dirimu kepenatan. Sabar ye. ^_^
ok. sy nak share tentang satu ilmu yang banyak sy belajar dari seorang ustaz ni.
syukur alhamdulillah. Allah hadirkan seseorang yang menjawab segala pertanyaan sy.
walau pun soalan sy yang agak remeh temeh.Sangkaan sy, ustaz tu akan gelak, atau tersenyum dengan soalan sy. sebaliknya, dengan wajah yang tenang, beliau sentiasa menjawab soalan demi persoalan yang sy lontarkan.
Pada malam 18 Julai 2014 bersamaan malam 21 Ramadhan..
Selepas solat terawih, saya bersama kak fizah,kak yuni serta emma menemani ustaz serta isteri beliau untuk menjamu sedikit yang telah kami sedia kan sebagai tanda terima kasih kerana sudi datang ke kolej kami menjadi imam untuk lebih kurang puluhan para student jururawat. ^^
Pada mulanya, kami mulakan dengan sesi ta'aruf. Ustaz menanyakan seorang demi seorang nama dan tempat asal. Seterusnya, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim..saya mulakan dengan satu persoalan yang sudah lama sy ingin tanyakan pd seseorang yang lebih ariff.ye, soalan saya memang mudah, tapi sy perlukan satu kepastian,keyakinan dan kekuatan dari seseorang selain dari bacaan.
''Ustaz, saya ingin tanya satu soalan yang mungkin anggap biasa bagi semua orang, ustaz..jujur katakan, saya sedang melalui proses perubahan. Jadi, untuk hari raya akan datang ni, saya ingin membuat satu perubahan iaitu dengan menutup aurat dan menjaga adab-adab yang sepatutnya saya kena jaga seperti bersalaman dengan pak sedara,sepupu. boleh ustaz terang kan sedikit bagaimana dan dari mana saya harus mulakan..''
Dengan wajah yang sangat tenang, ustaz menjawab soalan saya. Disamping isteri ustaz yang juga sudi mendengar bual bicara antara kami semua. Bertambah meriah dengan adanya anak-anak ustaz yang sangat comel iaitu Aishah dan Muaz.
Saya teruskan. Ustaz menjawab soalan saya dengan ringkas tetapi padat.
..'' ok, tentang soalan awak yang menjaga adab dalam bab bersalaman tu, ye..awak tak boleh bersalaman dengan sepupu dan pak sedara awak sebelah ibu. Sama juga dengan abang ipar. Jika alasan salam atas dasar hormat pun tetap tak boleh. yang haram tetap haram. Jelas. Manakala tentang menutup aurat. Jika awak sentiasa bersama mereka (paksedara,sepupu) ,awak wajib menutup aurat. ''
Setelah dengar kata-2 ustaz. Hati sy paling dalam sudah mula kuat untuk melakukan perubahan.
moga Allah permudahkan disetiap langkah hambanya yang inginkan perubahan.
Ustaz juga berpesan, jika kita ingin melakukan sesuatu perubahan dalam diri. Jangan berubah terlalu drastik.
contoh, hari ni pakai biasa saja, pada keeskkan nya terus pakai jubah+niqab.
itu tak boleh. Biar la kita berubah sedikit demi sedikit. istiqamah dalam setiap perbuatan kita.
Selepas berselang seli persoalan yang dilontar kan oleh saya,kak fizah serta emma.
melihat jam sudah hampir lewat malam. Saya mengakhiri perbualan dengan soalan terakhir dari sy.
''Ustaz, boleh saya tahu..salah ke seseorang perempuan tu terlalu focus pada matlamat hidup dan meletakkan 'jodoh' ditempat yang terakhir sekali..dan jika datang dalam hidupnya seseorang lelaki yang menawarkan hubungan yang istimewa (kawin) dia tetap menolak dengan alasan bukan masa yang tepat, boleh saya tahu pendapat dari ustaz..''
Ustaz tersenyum dengar persoalan saya. saya sendiri tidak tahu mana silapnya soalan saya sampaikan ustaz tu senyum. tak pela. tak kisah . Lalu..ustaz tu menjawab soalan saya yang terakhir ni..
'' Tidak salah. jika awak cuba ketepikan atau tak nak sebuah perkhawinan, tapi yang menjadi salah jika awak menolak hukum perkhawinan tersebut. kerana khawin itu sunnah Rasulullah.
Jadi, bagi pendapat saya..bagus la kalau dalam masa awak tengah belajar, ada seorang lelaki mengajak awak untuk berkhawin. ia lebih baik bagi saya. Kerana..jalan paling selamat adalah khawin. Tetapi, tengok juga ciri-ciri lelaki tersebut. Kalau dia seorang yang baik,jujur..ikhlas..terima je la. Bagi sy juga, tak perlu ikut plihan org tua sangat kerana, yang kta kenal atau yang ingin kawin tu kita,jd kita berhak memilih ''
..kata-kata ustaz tu membuat mulut sy seolah-olah terkunci. tetapi kata hati pula yang banyak bicara.
hmm..ingin berbalas pendapat. Memikirkan 'dia' seorang ustaz membuat saya mengalah dalam diam.
Walaupun jawapan ustaz macam tu, sy tetap dengan prinsip sy.
Tetap meletakkan hal jodoh di tempat paling akhir dalam hidup.
Biar la Allah tentukan segalanya. Cepat atau lambat..saya terima jika itu takdirnya.
Kerana..banyak perkara yang lebih penting dari sy memikirkan hal yang satu tu. :)
Sampai sini saja la pertemuan kami semua. Terima kasih pada ustaz kerana telah banyk menegur,memberi dan menambah ilmu pada kami yang sangat banyak khilafnya. Semoga Allah meredhai dan berkati kehidupan ustaz serta keluarga. InshaaAllah..
Pesanan ustaz : Islam itu mudah. simple. dan indah. :)
best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-