Sila BACA & Mari SEBARKAN Kisah Sedih Ni..
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia
yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS
astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu
solat.
Tiba-tiba, si dia
bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan.
“abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan
laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa
betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah
abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh
pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.
Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah
lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi,
duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah
kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah
hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi,
abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah
suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab
ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari
duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”.
Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam
mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi
imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di
pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan.
Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir
dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap
bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik!
“abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya
bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta
saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar
radio – hot fm refleksi.
Aiman dah tak tentu
arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik
ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu.
Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba
di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun
tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan
seluar track-suit.
Aduh,mana bawak kopiah
ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia
Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene
halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan
manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah
ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk
bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk
di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang
solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang
soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau
kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah
jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh
berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang
kosong.
Berubah? Teringat juga
dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani
angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia
menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di
dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik
aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu .
aku dapat tahu.
Aku terus pergi Kepala
Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang
suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup
mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara
yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut
tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara
Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti
cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah!
Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah
mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.
Cepat sungguh si
Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si
isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini
jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?”
“tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak
terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam
sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.”
Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu….
“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di
dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak
– hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak
berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam
itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka
bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?”
kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah,
lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..”
Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah.
Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang
Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang
nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum
dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman
mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata
Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur
ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai
itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh
ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap
pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi
surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah
ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai
mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?”
Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat
Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila
melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan
isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum
dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman
sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri
suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam.
“Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih
ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu
Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab
Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang
Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..”
Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja
sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia
jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu
berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya.
Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya
keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik
mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia
berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik
sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila
mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si
Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada
nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul
sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya
kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman
di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat
dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat
berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam
berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah
bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari
kedua baru nak call?
Abang tahu tak saya
bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ”
Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata
abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara
Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi
tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam.
Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis
ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air
matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan
lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je.
“lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa.
“next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya
mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam
setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni
last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai
syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman
isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret
bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka
bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada
ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang
hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak
perasan).
Wajah Aiman seolah ada
sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa
yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke
ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air
di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu
kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah
rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu
pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah
melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia
sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini.
Kadang-kadang macam budak-budak.
“ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang
ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di
letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga
nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa
yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru
pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak
tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu
apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati.
“ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..”
kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu.
Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3
itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak
sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum.
Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah
buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong
langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu
ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita
masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata
perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari
Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke
dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku
akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia
menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…”
Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..”
Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..”
Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan
ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti.
Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman
telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia
menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya
menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya
mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan
Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi
dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata.
Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman
pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu
encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.”
Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba,
Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?”
Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try
dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar
dari kedai buku itu.
Pekerja kedai buku itu
berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak
beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet
kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just
pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang
tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang
jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan
yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat
kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu.
Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja.
Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman
mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah
dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak
penat.
Mana tidaknya sehari
suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka
balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air
mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off
laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai
berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah
sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat.
Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat.
Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang
beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan
sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan
itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi
apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak
menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari
pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?!
hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh
teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi
dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan
kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam
mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia
ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli.
Kamu buat apa yang patut!”
Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba
telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik
rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman
tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil
briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya
itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah
seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu
Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk
bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya.
Aiman menarik kembali
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi
kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan
langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau
dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat
macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku
ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela
Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga
kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya
menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi
suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah
di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya
cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis
tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya
izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya
keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah
sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah
beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai
solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke
surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak
selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya
berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman
terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi
berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat
macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan
abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab.
Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita
bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang
solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan
kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak.
“abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak
perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah.
Ya Allah…. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di
pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping
abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along
dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk
membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta
petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi.
Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini,
click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w
kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur
dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai
Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali,
bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan
keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi
dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..”
Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum.
“baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari
tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk
dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak
ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet
sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil
itu.
Tangannya menyelak
muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala
harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa
bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat
menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji
kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia
tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita
yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan
syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah
tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu sekarang lain..
Assalammualaikum,
abang dah makan? – Syahirah.
Aiman membaca message
itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya.
Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je
isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam,
Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah
okay? – Syahirah.
Doakanlah ada projek
yang masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang.
Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha
Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca
message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum,
abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman,
kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman,
abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu
hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.”
Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami.
Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah
university terkemuka di tanah air.
Wajarlah, alongnya tak
mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video
itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia
sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh,
dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam
rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please..
jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata
mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga
dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja
Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference
dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya
Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman
dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam
kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.
Aiman yang tengah
memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…”
panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman
diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak
berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk
pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang
tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua
itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi
focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?”
“settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.”
“mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang
yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos
perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia
bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa
mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan
Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak
dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana?
Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan
dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah
retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di
belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa.
Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya
berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya.
“awak.”
Terkelu lidah Aiman
sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang
berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni
panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi
Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat.
“abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah
cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak
tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak
tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang,
bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..”
kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman
lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm,
kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai
berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30
pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak
sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari
katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti
ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya
ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman
bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar
bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon
kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman
menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan
menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di
cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah
dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?”
Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je.
Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman
keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman
ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba
mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang
!!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan
pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang
telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat
bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang
yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman
memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman
tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia.
Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut
melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota
polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata
berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu
abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang
di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya,
umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan
kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata
merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!!
Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU
berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya
Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya
makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di
penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran
akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran
senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi
kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa.
“bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan
sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi.
Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak
menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah
sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah
lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang,
cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun
dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan
tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu.
Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut
dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat
sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from
Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci
itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…
Belajar DIAM dari
banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari
hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari
KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat
wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah
tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu
itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya
Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia
hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah
berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya
senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir
sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi,
kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya
menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia
merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk
menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman
melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut
Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah
kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir
di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat
Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala
isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat
lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia
menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah
di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..”
sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu.
Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah……….
Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak
ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya.
“..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah
menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya.
Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam
seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa.
“hmmm.” kenapa harus begini…..
Aiman menutup buku
agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di
gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi
menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan
abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu,
hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di
sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia
akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar
dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa
mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya
dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman
pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan
kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari
kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman
melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat
taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran
pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan
bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman
senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak
cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah
hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan
semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman
membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk”
pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je.
“lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah
tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata
Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan.
Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia
menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung.
“sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.”
Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar
mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita
itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah
Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur
masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.”
Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya
kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang
check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya
Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum –
alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita
boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan
dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat
mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti.
Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang
kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan
kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti
syurga atau neraka yang menanti.
Wallahua'lam...

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-