JellyPages.com

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

Friday, 28 September 2012

penat->hilang-> hapy ^_^

aSSalamulaikum.. =')
tgk simbol mke kat tepi tu..haha
tu tndenye nak menunjuk kan hari nie penat sgt2.. T-T
-stop- !!!
td baru lepas bka spa !!! alhamdulillah..... =')))))
sy dapat interview dy..harap sgt sy lps...amin (doakan sy please)..

xthu nak update ape da.tgh2 penat td terus hilang pnt tu sbb tgk spa..
doa sy dimakbulkan oleh Allah.. =') alhamdulillah
syukur sgt........
best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Thursday, 20 September 2012

cerite hari ke2 di H0S. ^_^

Asslamualiakum !! haihaihai.... =')
hari nie hari jumaat-21/09/2012.
semalam......==' ..penat sgt......
banyak keje sy wat..biase la student..
kne la wat keje bnyk2 kan..t baru la ok.
smlm sy bnyk hanta pesakit ke OT(dewan bedah)
1st sy msk...Allah...nak nangisssssss... T-T
tp klu sy nangis kat stu,ape pulak pesakit or dokter ckp kan..
xkan nurse nangis kut...
mcm mane la klu sy nmpk pesakit yg lbh teruk dr tu dpn mate sy t..
hope sy kuat semangat tuk hadapi sume nie...
''be strong''.. !!!!! ok. ='D
setiap langkah sy,sy slalu msj mama,dan mama bnyk bg kate2 smngt.
tq mama !!! sayang mama sgt2... !
sy akan habis kan diploma sy..n keje ..last nak balas jasa mama ngan ayah. <3
jd bg sy.. bab ''kawin'' tu sy letak lassssssst skali.
k,nk gie msk.kul 1 nk siap2 gie hos. da.
hope hari nie sy lebih baik dr semalam.
~aminn.. =)
best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Wednesday, 19 September 2012

1st praktikal

Assalamualaikum.. ^_^
pd pg khamis nie..sy nak cite tntng 1st praktikal sy semalam. <3
k..1st skali..sy nak bgthu,10 housemate sy shift pg dan tnggl sy n s0rg lg je yg shift ptg.
best sikit ble duk rumah sorg2..rase mcm tenang. ;)

0k.sptutnye sy msk hos.pusrawi semalam kul 1.50 ,tapi bas terlambat.
da la tu 1st praktikal,bas pulak ade problem.
last2,sampai lambat kat hos. sy la org pertme jd cam kelam kabut. haha (mrbean)
sy kat hos. banyak sy sorg je.
sy malas nak hidup berkawan da klu tuk perkara xpenting.
cukup la HANAMEY selamanya.
betul ckp org2 dulu, skali bnde yg kte ske,syg tu dtg dlm hidup kte,kte xkan dpt jmpe da org sebaik tu lg.

semalm,1st2 kene ambik report kat staf nurse yg shift pg.lps tu,sy gie la tgk2 pesakit.
0rg lain sume nga takut,sy sorg je yg terlebih xcited.haha
maklum la, 1st time..lgpun da mcm nurse betul da.sbb tugasan dy mcm org da keje betul.

sy nak ingat kan diri sy, kene kuat semangat,sbb pesakit nie seorg manusia,jd mesti mcm2 karenah sy jmpe.
semalam kat wad kejap je,lps tu kene jmpe matron. 1st jmpe matron tu,mke tegas jee !
skali dy bka mulut..alahaii..xla tegas mane pun..sweeeett je matron tu..org taiping lak tu.haha

lps da habis ngan matron,kitorg ngan 'c.i' lak.'c.i' bwa kitorg jln2..haha
dy tunjuk sume bilik dlm hos. tu. mmg memenatkan.
paling menyeramkan..dy tunjuk bilik tuttttttt.... ~grr
tp dlm hati,xdela takut mane pun,malah teringin nak msk bilik tu.

lps da habis melawat 1hos. tu,jam pun da menunjuk kan kul 9,sy pun balik.
hari 1st mmg best..best sgt2 !!

untuk hari nie,sy nak wt yg terbaik.!
hope sgt,sy boleh tempuh sume dugaan yg ade kat depan mate sy.
~doakan ea. ^_^
best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Thursday, 6 September 2012

info tentang BIDADARI.. ^_^


Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.
Apabila melihat ke bumi, mereka terlihatlah bidadari-bidadari akan isteri bagi suami mereka di dunia tidak taat serta berbuat derhaka kepada suami, lalu bidadari syurga itu berkata, “Janganlah kamu menyakitinya, semoga Allah memerangimu, sesungguhnya dia hanyalah tamu di sisimu, sebentar lagi dia akan datang kepada kami dan meninggalkanmu.” Di dalam Al-Quran dan hadith banyak sekali dijelaskan ataupun digambarkan tentang susuk bidadari yang bertempat di syurga dan bersedia melayani para ahli Jannah.
AL-QURAN
Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah. (Al-Imran:15)
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. (Ad-Dukhan:54)
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya. (Al-Waqi’ah:22)
Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh). (Al-Waqi’ah:35-36)
Dan di sisi mereka pula bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), lagi yang sebaya umurnya. (Sad:52)
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. (Ar-Rahman:56-58)
Sedang di sisi mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya. (As-Saffat:48)
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (bidadari-bidadari) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya. (Ar-Rahman:70)
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin. (Ar-Rahman:72-74)
HADITH
Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang bidadari menampakkan wajahnya, nescaya akan menerangi antara langit dan bumi.” (H.R. Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: Allah Azza wa Jalla berfirman, “Aku siapkan bagi hamba-hambaKu yang soleh sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh fikiran.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jibril mengatakan kepadaku bahawa ketika orang mukmin masuk syurga, akan disambut oleh bidadari dengan pelukan hangat dan erat. Dengan jari dan telapak tangan manakah akan dibandingkan kelembutan dan keindahannya, kalau lambaiannya akan memadamkan sinar matahari dan bulan?” (H.R. Thabrani)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya salah seorang bidadari syurga datang ke dunia, pasti ia akan menyinari langit dan bumi dan memenuhi antara langit dan bumi dengan aroma yang harum semerbak. Sungguh penutup kepala salah seorang wanita syurga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika sehelai saja dari rambut bidadari jatuh ke bumi, nescaya wanginya akan meliputi seluruh timur dan barat.” (H.R. Ath-Thabrani)
Ibnul Qayyim memberikan penjelasannya mengenai hal ini: “Mengenai rambut bidadari ada dua sifat kontradiktif yang membuat kecantikannya semakin nyata dan memikat. Pekatnya hitam rambut terpadu dengan putihnya wajah dan mata yang bersinar cemerlang. Sungguh kontras sekali, namun disitulah letak kecantikannya.” (Kitab Hadzil Arwah:316)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Rombongan yang pertama masuk syurga adalah dengan wajah bercahaya bak rembulan di malam purnama. Rombongan berikutnya adalah dengan wajah bercahaya seperti bintang-bintang yang berkilau di langit. Masing-masing orang di antara mereka mempunyai dua isteri, dimana sumsum tulang betisnya kelihatan dari balik dagingnya. Di dalam syurga nanti tidak ada orang bujang.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Penghuni syurga boleh mencermin melihat wajahnya di pipi bidadari yang mulus itu.” (H.R. Al-Baihaqi dan Al-Hakim)
Dari Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seandainya bidadari meludah pada tujuh lautan, nescaya air laut akan tawar kerana keindahan dan kemanisan mulutnya, kerana bidadari terbuat dari za’faran.”
Dalam sebuah riwayat oleh Hafidz Abu Bakar Al-Ajri, dari Imran bin Hasyim dan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: “Mahligai-mahligai (istana) di syurga itu tercipta dari Lu’lu, dan pada tiap-tiap mahligai itu ada tujuh puluh kampung dari Yaqut yang merah dan pada tiap-tiap kampung ada tujuh puluh rumah daripada Zamrud yang hijau; dan tiap-tiap rumah ada tujuh puluh tempat tidur; dan tiap-tiap tempat tidur ada tujuh orang perempuan dari bidadari.”
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh tutup kepala salah seorang wanita surga itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
Dari Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Seorang mukmin di syurga diberi kekuatan untuk menjimak isterinya sekian dan sekian.” Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah ia begitu kuat?” Baginda s.a.w bersabda, “Ia akan diberi kekuatan seratus orang laki-laki.” (H.R. Tirmidzi)
Dari Ummu Salamah r.a, ia berkata: Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?” Baginda s.a.w menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang tampak daripada apa yang tidak tampak.” Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?” Baginda s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah-lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.” (H.R. Ath-Thabrani)
Riwayat Ibnu Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat bidadari-bidadari. Dikatakan kepadanya, namanya ‘Aina’, ia diciptakan dari empat unsur, iaitu misik, kafur, anbar dan za’faran. Semua bidadari-bidadari itu sangat merindukan suami-suami mereka. Andai sekali saja bidadari-bidadari itu meludah di dunia maka tawarlah lautan tersebut lantaran ludahnya. Tertulis pada tengkuknya, ‘Barangsiapa yang suka akan dirinya seperti aku, maka beramal dengan ketaatan kepada Tuhannya’.”
Riwayat Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya ketika Allah menciptakan syurga ‘Adn, Dia memanggil malaikat Jibril, berangkatlah engkau ke syurga ‘Adn dan lihatlah apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-hambaKu dan wali-waliKu. Maka berangkatlah Jibril ke syurga ‘Adn dan mengelilingi syurga tersebut. Maka salah seorang bidadari dari penghuni istana-istana syurga yang masih perawan dan matanya bersinar-sinar memuliakannya, lalu bidadari itu tersenyum pada malaikat Jibril, maka menjadi teranglah syurga ‘Adn kerana gigi-giginya. Lalu malaikat Jibril bersujud, ia menyangka cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Maha Mulia. Maka bidadari itu memanggil malaikat Jibril, “Wahai makhluk yang dipercayai Allah s.w.t, tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan?” ucap bidadari jelita itu. “Tidak,” jawab malaikat Jibril. “Sesungguhnya aku ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk orang yang memilih redha Allah s.w.t daripada menuruti hawa nafsunya,” ungkap bidadari itu.”
Di dalam kitab Daqoiqul Akbar Fii Dzikril Jannati Wan-Nar karya Imam Abdirrahim bin Ahmad Al-Qadhiy disebutkan: Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah s.w.t menciptakan wajah bidadari dari empat warna, iaitu putih, hijau, kuning, dan merah. ALLAH menciptakan tubuhnya dari minyak za’faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera yang halus. Mulai dari jari-jari kakinya sampai ke lututnya dari za’faran dan wangian. Dari lutut sampai payudara dari misik. Dari payudara sampai lehernya dari Anbar dan dari leher sampai kepalanya terbuat dari kafur. Seandainya bidadari itu meludah sekali di dunia, maka jadilah semua air di dunia Kasturi. Di dadanya tertulis nama suaminya dan nama-nama Allah s.w.t. Pada setiap tangan dari kedua tangannya terdapat sepuluh gelang dari emas, sedangkan pada jari-jarinya terdapat sepuluh cincin, dan pada kedua kakinya terdapat sepuluh binggal (gelang kaki) dari Jauhar dan permata.”

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Tuesday, 4 September 2012

beblog-sebelum tido..:P

Assalamualaikum ! ^_^
~beblog sambil dengar lagu ''tuhan beri aku cinta''..

baru lps wat asgmnt.pening jga walaupun rujukan da ade dpn mate.
kene study hard la lg lps nie. tp...harap keadaan sy akan lebih baik.
sekarang sy xbape sihat. da telan bnyk panadol da tapi xde ape2 effect pun.
mngadu kat ayh,ayh bg mcm2 nasihat.nak nangis pun ade sbb terharu...
tu sbb sy ske sakit,ayh msti akan jd TERtersgt caring kalah my''tuttut'' haha.. <3

k,la..sebenarnye xde tujuan pun sy nak beblog tgh2 malam nie.just nak hiangkan tension sblm tido.
selamat malam ! hope esk lebih dr hari nie.
baibaibai.... ='D
best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Sunday, 2 September 2012

sesaat memikirkan tntng cinta


jom ! sesaat memikirkan tentang ''cinta''.. ^_^

CINTA..
adakalanya boleh membuatkan seseorg yg mati hidup kembali,
membuatkan yg sakit menjadi sihat..
dan tangisan bertukar kpd senyuman..

CINTA..
adakalanya juga..ia membuat seseorg yg hidup terasa ingin mati,
membuat kan kesihatan mnjd kesakitan..
dan...senyuman menjadi tangisan yg tersangat perit.

setiap org yg sedang berada dialam percintaan pasti merasai 2situasi diatas.

pd yg sedang hangat bercinta,ingat la..berpda2 la disetiap langkah.
dan pd yg sedang frust menongeng,ingat pasti ade hikmah disetiap ape yg berlaku.

~kdg2..kte keliru antara hubungan dengan -DIA dan dy.
yg mane satu harus diutamankan dan ditinggalkan.
kate mulut,mahu melepaskan dy demi -DIA..
tetapi..kata hati, xsanggup melepaskan dan mahu ke-2 nya.

istikarah.? masih xmenemui jawapan.
bertahun mencari kepastian dan kebenaran..
tapi..sampai sekarang masih tdk ada kata putus..

menanti dan terus menanti..
semoga..ape yg dicari akan diremui suatu hari nanti.
best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

kata hati pd awal pg .. ;)

Assalamualaikum.. =)
 = 2.02 pg,isnin.03.09.2012..
selamat pagi.. :) urm..malam nie xboleh tido.otak nie xberhnti memikir.
stress jga study psikologi td,mcm study sejarah..grr..hope sy boleh study hard+smart tuk subjek nie sebelum midterm. midterm lg seminggu. takut x..? haha..mestilaaaa...takut. =')
xpe..sy ley wat.. (Y) yakin pd diri sendiri ok !

awak..awak..sy nak bgthu sesuatu blh.
blh ke sebuah hubungan tu bertahan lame tanpa restu dr-DIA..?
sy xkisah nak tinggal kan dy,tp hati nie la pulak yg da xblh hidup tnpe dy.. =')
erm..pd umur sekarang la banyak dugaan yg melanda.
jd tanpa pegangan iman yg teguh,seseorg tu blh d0wn !! seramkan.?

jd..sejahat mane pun sy,sy cbe untuk xtinggal solat. :)
sebenarnye..ade sesuatu yg tersembunyi dlm hati sy skrg.
sy cbe untuk menulis tp sy sndri xdpt faham ape yg sdng bermain dlm hati sy.
pelik kan?

'sy takut hati sy terluka tuk kali ke2 la..'
bkn sy xpercaya kan dy,tp..ntah la.
kan mcm2 blh jd dlm hidup berjauhan nie..

xpela..ape yg penting skrg..focus je la tuk study.
xpyh pikir pasal ''hati''. ok !

~jodohkn ditangan tuhan jd..xpyh la risau.andai dy bukan jodoh kte,pasti Allah akan bg pasangan lebih baik dr tu.ok. ^_^
best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-