JellyPages.com

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

Tuesday, 30 December 2014

cinta alat vs cinta matlamat

Assalamualaikum kepada para mujahid serta para mujahidah..
Pada kali ni..saya nak berkongsi pendapat sy bersama ustazah fatimah syarha tentang cinta.
Sahabat, kita nak dapat cinta Allah, kita kena kenal dulu Allah..
nak kenal Allah..ia ada pada jalan wahyu yang telah ditinggalkan untuk kita

Allah adalah cinta matlamat manakala cinta seorang kekasih adalah cinta seorang makhluk.
orang soleh macam mana pun, jika tidak jaga hati ,dia boleh jadi tak tahan..
cinta itu lintasan dari hati kita. hati itu satu raja yang perlu diuruskan.
kita kena PAUSE. dan tanya pada hati..aku ni sedang letak cinta –Dia no.1 ke atau cinta lain. 

aku sedang mengikut panduan wahyu atau nafsu.?
Bila raja didalam hati itu baik dalam diri. soal cinta jadi mudah. kerana kita kenal mana halal mana haram.
ok.persoalannya.Bagaimana kalau da jatuh cinta.? 
sahabat yang saya sayang. disini sy beri satu analogi tentang bagaimana kita nak menghadapi cinta makhluk.
Bila kita berpuasa,kita teringat nak makan. itu fitrah. tapi bila pkul 10pagi kita asyik tenung makanan,sedut-2 straw.. dekat dengan makanan..buat kita makin tak tahan. teringin nak buka puasa awal-awal. sama juga bila kita jatuh hati..jatuh cinta. itu fitrah. jika kita suka dekat seseorang..kita cepat-2 sms dengan dia,call dengan dia.. buat kita makin tak tahan..nak nikah cepat.

itu adalah satu sebab kenapa ramai para remaja nak kawin awal.
perkhawinan awal amat digalakkan. tetapi jika kita ingin membina sebuah perkhawinan mesti kita ingin kekal lama hingga ke syurga. Tetapi sekarang..ramai yang khawin awal tetapi dapat bertahan hanya 1 atau 2 tahun malah adanya 1 atau 2 bulan. selepas itu, mula la nak salahkan 'takdir', salah sendiri tidak nampak. Allah.
saya bagi lagi satu analogi, orang yang lawan bola.dia lwn bola tu,dia akan menang @ tak menang jika dia tiada persiapan.? dia mungkin boleh lawan dan main. tetapi potensi untuk menang tu rendah.sebab dia tiada persiapan yang cukup.
..perkhawinan itu medan. kalau tiada persiapan dan ilmu yang cukup..kita tak dapat mewujudkan keluarga yang muwaddah.jadi kita boleh pilih. kita nak cinta high class atau cinta biasa-biasa saja yang kini ramai orang buat.


Bagi remaja sekarang yang sedang jatuh cinta,tengah teringat ..rindu dekat sesiapa. ''Pause''
. Kita lihat bagaimana dia menawar cinta pada kita. Adakah ia menghampiri redha atau murka Allah. 
atau menghampiri zina atau mendahulukan wali.
Pada remaja yang tidak suka dikongkong.akan mengatakan 'cinta tanda kami da besar'. 'cinta buat kami bebas'. ya,remaja memang suka kebebasan

Dekat hatimu sayang meskipun telinga mu jauh .
 ‘’hanya meletakkan Allah no.1 dlm hidup kita dapat bebas daripada bentuk penghambaan. Ini makna kebebsan sebenar. bukan dengan merantai diri kita dengan seseorang. Mari kita ubah diri kita. meski cinta makhluk itu penting tetapi bukan cinta makhluk no.1. Baru lah tiada kekecewaan.

Bagi jiwa yang yang hajat jalan mujahadah. Jalan berjihad melawan nafsu. selagi Allah pinjamkan nyawa kepada kita, perjuangn untuk kta tahan keinginan yang tak sepatutnya tak kan pernh berhenti hingga sampai saat kita kembali pada Allah.

Sahabat yang teramat saya sayang..
ingat..jihad yang paling hebat adalah jihad dengan melawan nafsu..
jika kita tidak tahan dengan segala kata nafsu..berpuasalah.
dengan berpuasa dapat mencegah kita dari melakukan sebarang kemungkaran.
ingatlah, ini merupakan satu tarbiyyah dari Allah.


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

no one is perfect, thats why pencil's have erasers

Assalamualaikum..
Apabila kesusahan datang menerpa diri bertindih-tindih,
ucaplah ..''lailahaillallah''..
Sayang..Allah swt listens and already knows what in your heart but
HE want you to ask HIM what you want.

tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni.
jika ada pun hanya dia..iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
kita tidak layak untuk menghukum diri kita adalah orang yang jahat.
kita juga tidak layak untuk mengatakan tiada pintu taubat untuk diri sendiri.
seolah-olah..kita sungguh hina.

...kita tidak boleh jadi sempurna di mata orang.
setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
jadi..tidak boleh menghukum diri kita sebagai orang yang sangat jahat atas sikap kita yang lalu.
yang sudah berlalu adalah sesuatu yang boleh kita belajar.
yang sedang berlaku adalah sesuatu yang kita masih berpeluang untuk diubah.

siapa pun kita, kita berhak memiliki yang terbaik dalam hidup kita.

Allah tahu hambanya lemah.lepas bertaubat..tergelincir balik ke lubang yang sama..
sebab itu Dia buka pintu taubatNYA setiap masa.

kata hati dari seorang sahabat dan teman :

saya sebenarnya..sayangkan awak...
saya tak nak awak terus dalam kehidupan macam ni.
kalau saya ada kuasa, da lama saya hapuskan segala memori lama awak.
tapi..saya tak boleh buat mcm tu sbb kita ada Allah.
pasti ada sebab kenapa Allah hadirkan semua ni pada awak.

saya nak awak kuat, saya tak nak lihat awak jatuh.
meski pun suatu hati nanti..saya hilang..saya jauh..
saya nak awak tetap kuat. kuat dari segi dalaman dan luaran.
awak tak kan pernah keseorangan kerana Allah sentiasa dihati dan sisi.
walaupun awak tak tahu, saya sentiasa doakan supaya Allah sentiasa jaga awak.

hidup kita tidak lama, tu sebab saya nak awak berubah.
saya tahu..awak perlukan seseorang untuk awak berpaut,
awak perlukan seseorang yang sentiasa sokong awak.
InshaAllah..saya sentiasa ada. tapi, awak tak boleh mengharap. sebab saya pun tak sempurna.
jadi, jatuh bangun kita bergantunglah hanya pada -Dia.
saya tahu awak boleh dan kuat. :)
awak pasti ingat lagi kata-kata ni.
mujahadah itu memang pahit kerana syurga itu manis

awak..jauh dalam sudut hati saya..
saya nak jumpa awak dekat syurga.
ana..uhibbuki jiddan ya sahabat..


Cukuplah bagi saya andai hubungan sahabat ini boleh membawa kebaikkan.
Saya bukan lah yang terbaik. Cari la sahabat seramai yang mungkin kerana hanya 'sahabat' boleh menarik kita saat kita jatuh. la tahzan. innallaha ma'ana.


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

la tahzan..Allah sedang berbicara.

Assalamualaikum.

la tahzan..Allah sedang berbicara denganmu.
meski tiada bahu untuk bersandar.
meski tiada tangan yang sudi hapus air mata.
kuatkan la diri untuk menadah tangan pada Allah.
percayalah...biarpun orang disekeliling meninggalkan kita..Allah tidak pernah jauh dari kita.

mafi qalbi qhairullah...
tiada dihatiku selain Allah..
kuatlah kerana Allah sayang.
penuhi cinta dihati hanya cinta Allah.

Allah sedang berbicara denganmu.
Allah sedang mengajar bagaimana untuk sabar dan kuat.
Disebalik awan mendung, pasti dikunjung pelangi yang bakal tiba.

Allah. Tidak tertahannya hati dengan permainan manusia dan dunia.
bersabar la wahai hati, semuanya tidak lama.
pejamkan mata. bisik la pada hati ''sabar..sabar..sabar''

Seorang muslimah..meskipun dia seorang perempuan yang lemah.
tetapi dia mempunyai hati yang sangat kuat.
meski dia jatuh..dia akan bangun,bangun dan  terus bangun.
kerana..dia percaya Allah sedang berbicara dengannya.
Allahurabbi..la tahzan sayang.




best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Syurga Allah untuk semua

Assalamualaikum.

Entry sy kali ni khas untuk saudara-saudara sy yang sedang dlm kesusahan.
''berat mata memandang, berat lagi bahu memikul' .
yup, sy tahu dan sy faham.
kita boleh kata itu dan ini.. ''sabar.sabar.dan sabar'' tp hanya org yang merasai yg betul-2 rasa.

Banjir yang sangat hebat. Pesawat air asia QZ8501 terhempas dilautan.
Allah. sungguh hebat ujian-Mu buat mereka yang menghadapi.
percayalah..setiap yang berlaku pasti ada 1001 hikmah yang sangat besar yang adakala kita tidak dapat melihat dengan mata kasar.
sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui.

Bersabar la diatas ujian dan segala dugaan.
hapus air mata. tadah tangan..berdoa la pada dia.
Allah tersangat rindu pada hamba-hambanya, tu sbb Allah beri sedikit ujian supaya kita ingat pada -Dia.

Tahun 2014 memberi suatu cerita yang memberi kesan yang mendalam pd para penduduk malaysia.
Percaya la.Disetiap yang berlaku..Allah sedang berbicara..
bertaubat la. kembali pd -Dia. Bumi sudah tua. Bumi sudah tidak sanggup menampung umat manusia yang semakin hari semakin ramai..ditambahkan lagi dengan dosa-dosa yang tiada hentinya.

Perjalanan kita untuk tamat didunia sudah semakin dekat.
pejamkan mata, pujuk la hati..supaya kembali kejalan yang benar.
meskipun dosa kita terlalu banyak...percayalah luas lagi pintu taubat serta syurga Allah untuk kita.
#Syurga Allah untuk semua

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Sunday, 28 December 2014

Nikmat Allah

Assalamualaikum. salam ukhuwah. semoga persahabatan antara kita berkekalan hingga ke syurga.
Disini..sy nak share cerita tetang cuti sem sy yang paling indah. lebih indah dari cameron yang hampir tiap kali cuti sy gie. lebih indah dari pulau langkawi yang sangat teringin sy melihat keindahannya.

Kenapa dengan cuti kali ni.? sy berjumpa dengan kekasih hati ke.? :)
haha.tapi lebih hebat dari tu. Allah..

Bissmillahirrahmanirrahim..
cuti pada kali ni Allah memberi rezeki ilmu kepada saya bagai hujan tanpa henti.
Nikmat yang -Dia berikan, sukar sy gambar kan melalui kata-kata.
satu persatu sy pelajari. Sy tidak hiraukan kata-kata org sekeliling.
ilmu al-quran..sy cuba terapkan satu persatu dalam hati.
ditambahkan lagi dengan pengajian tafsir al-quran.
sejuk..tenang dalam hati..Allah lebih mengetahui.

Pada 25 Disember, saya hadir dalam satu ceramah dari ustaz hanafiah di kota raja.
pada awalnya,sy tidak tahu diamana terletaknya tempat kota raja.
perjalanan ke kota raja sangat la pendalaman.
tetapi suasana sepanjang perjalanan sangat la tenang.kerana
disebelah kiri sy terdapat hutan yang penuh kehijauan.
manakala, disebelah kanan saya..terdapat anak sungai yang mengalir. tenang. :)

tiba sy di kota raja..sy disambut dengan alunan selawat serta qasidah.
tenang dihati Allah yang mengetahuinya.
selangkah sy masuk ke dalam tempat yang diberi nama Raudhatul Jannah..
sy seolah-olah terpegun. 1001 perasaan hadir.
sy melihat..ramai lelaki memakai pakaian jubah putih serta berserban manakala bagi para muslimah berjubah hitam serta niqab. Allahu. sebak. Bagai dialam syurga. seperti melihat para syuhada serta bidadari.

Hati sy cukup tenang apabila ditambah lagi ilmu mendengar ceramah tentang ' penantian dialam barzakh'..
tetapi...apabila mendengar keadaan kita disana..Allah...
dalam hati tak berhenti berdoa.. "ya'Allah matikan lah aku dalam iman..ya'Allah..beri masa saya untuk bertaubat''...
Memikir tentang 'mati' tu amat la membuat hidup sy tidak tenang. :(

malah sy tahu..bukan saja sy..tetapi pd para pembaca jga.
kita sama-sama akan dihidupkan kembali untuk kali kedua disana.
apakah sudah cukup amalan untuk dibawa..?

Allahurabbi..cukuplah kematian sebagai sebaik-baik penasihat.
best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Dakwah itu cinta

( DAKWAH ITU CINTA )

Assalamualaikum.
Entry sy kali ni tentang 'dakwah itu cinta'..
yup, kita berdakwah..kerana kita sayang..
kita tak nak masuk syurga seorang-seorang..tetapi marilah beramai-ramai rebut syurga Allah.
jom ! meriahkan syurga Allah.

TAPI . kalau setakat mulut je cakap nak syurga..
semua orang pun boleh cakap macam tu. kan. :)
nak sesuatu yang istimewa..kita haruslah bersusah payah..
kita juga harus kuat. adat la kalau 'jatuh'..
tapi kalau da jatuh tu, pandai-pandai la bangun sendiri..
kalau duduk diam je..macam mana nak dapat. kan.?

Nak syurga ALLAH....
harus rasai apa itu sakit..
Nak syurga Allah..
harus rasai apa itu perit.

Andai..kita sabar atas segala ujian yang -Dia beri kan.
Pasti ALLAH akan tunaikan janji-Nya..

InsyaAllah..siapa tak nak balik kampung halaman kan.
moga kita bertemu disana..

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

ahlan wasahlan ..tahun baru hampir membuka tirai.

Assalamualaikum..
hari berganti hari..dalam diam tahun 2014 hampir ke penghujungnya..
2015 akan membuka tirai. azam baru sudah berada didalam genggaman.
Sebelum itu, tanya pada hati..adakah segala azam sebelum ini tercapai.
jika tidak..kenapa dan mengapa ia boleh berlaku.?
adakah kita terlalu lalai..? adakah kita terlalu leka dengan cinta dunia? cinta manusia?
Allahurabbi...berubahlah sayang.

Kita harus terus berubah dan terus berubah. (sampai bila..??)
SAMPAI MATI. kejamnye ayat. so hurt ! so deep !
tapi tu kenyataan. change.change.change.

Allah sudah tunjuk pelbagai kebesaran. apa masih tak nampak.?
sana sini Allah turunkan ujian. kita tidak habis dengan 'keluhan'..
..nak tahu tak..Allah turunkan ujian tu sebab..
Allah rindukan kita sayang..Allah.. :'(

ya'Allah. orang di palestine...dihujani dengan peluru.mereka masih boleh tersenyum kerana menganggap ia satu ujian yang istimewa dari Allah. tapi ..kita disni..dihujani dengan air sudah jatuh.

senyum..dan teruslah tersenyum meski sakit.
senyum..dan teruslah tersenyum meski perit.
kerana,yakinlah sabar adalah jalan ke syurga Allah.


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-