JellyPages.com

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

Monday, 5 January 2015

Analisa..

Assalamualaikum..
jika menghayati setiap baris dan kata dalam lirik lagu tersebut..pasti kita akan terfikir dan terus berfikir bahawa sudah cukup sempunakah iman kita..

Analisa, analisa analisa siapa kita


Adakah mengucap kalimah syahadah
Solat lima waktu puasa zakat
Pergi ke Mekah tunaikan haji
Telah dikira Muslim sejati



Sedangkan sembahyang tiada kekhusyukan
Puasa dikerja banyak kekurangannya
Keluarkan zakat kerana terpaksa
Tunai Haji untuk pangkat dan nama
Analisa, analisa, adakah Islam sempurna



Kita mengaku adanya Tuhan
Namun larangan tetap dilakukan
Ada malaikat kiri dan kanan
Tidak diendah akan kehadiran



Percaya Rasul dan para nabi
Sunnah mereka tidak dituruti
Quran dibaca tiada penghayatan
Intipatinya tidak diamalkan



Hidup akhirat engkau yakini
masih mengejar nikmat duniawi
Qadha dan Qadar telah ditentukan
Ditimpa musibah
hilang redha dan kesabaran



Analisa, analisa,
adakah Iman sempurna



Makhluk termulia di mayapada
Kerana tinggi akhlak dan taqwa
Tapi sekiranya ia tiada
Renungkanlah diri cari jawapannya



Analisa...Setinggi manakah taqwa
Analisa...Semulia manakah kita
Analisa...Adakah kita hamba kepada-Nya
tanyalah diri kita

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Allahurabbi...


Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu
Assalamualaikum..
Pasti ramai yang tahu lirik lagu tersebut kan. :)
Hari ni, sy nak share satu benda yang sangat besar buat sy.

Beruntungnya kita semua, dilahirkan dalam kalangan umat Nabi Muhammad. Umat terakhir dari segala umat.Sedangkan Nabi Musa pernah berkata, jika boleh..beliau juga ingin menjadi umat Nabi Muhammad.

Sebenarnya, benda yang sy nak share ni adalah berkaitan dengan mimpi sy.
setiap kali sy nak bercerite. sy rasa sgt sebak, tak tertahan air mata dari terus bertakung.
Mungkin pd sesiapa yang betul-betul menghayati cerita sy akan rasa apa sy rasai.

..Pada satu malam..sy terjaga..
Apabila sy bangun dari mimpi tersebut, tiada kata yang mampu sy ucapkan selain selawat ke atas nabi s.a.w.
Dalam mimpi tersebut.. sy berada di tengah padang pasir, sangat luas dan panas..
tiba-tiba sy lihat beberapa orang sedang berkumpul, seperti ada sesuatu yang menarik perhatian.. sy pergi untuk melihat..tetapi sy tak nampak selain cahaya putih dari celah orang ramai . lalu..sy berlalu pergi dari orang ramai tersebut..
apabila sy berjalan keseorangan di tengah padang pasir.. ada seseorang berpakaian jubah putih dan berserban menegur saya dan berkata''.. jangan bersedih...''.sy tak nampak wajah nya kerana sy tunduk. malah sy juga tak dengar suaranya. cuma sy tahu, dlm situasi tersebut beliau mengatakan pd sy ''jangan bersedih''.. apabila beliau berlalu..baru sy tercari-cari untuk melihat siapa yang orang menegur sy..tiba-tiba dtgnya sahabat nabi..beliau seolah-olah mengetahui siapa yang sy cari..beliau berkata pd sy.. ''Beliau adalah Rasulullah, penghulu nabi..''..
..terus sy terjaga dari tidur.. Allah.. :'(

Pada keesokkannya,sy bertanyakan pd ustazah..apa yang dimaksudkan dalam mimpi sy, betul ke sy berjumpa dengan Rasulullah..?
setelah berbincang..ustazah sy beritahu bahawa..mimpi sy adalah betul.
Allahurabbi...tak terkata melalui kata-kata.

makin hari..rindu sy dalam diam pada Rasulullah makin menebal.
Adakala sy terfikir, siapa lah sy hanya seorang hamba yang hina dapat berjumpa dengan Rasulullah didalam mimpi.

Ya'Allah..jika diberi peluang..sy teringin untuk mimpi bertemu dengan Rasulullah untuk kali ke-2 .

Kepada para pembaca,
sy bercerita bukan lah mahu menunjuk sesuatu yang gah.
tetapi..ambil la cerita sy sebagai cita-cita untuk berjumpa dengan Rasulullah.
Sy hanya insan biasa penuh dengan dosa..tetapi sy bukan lah seorang insan yang mengenal perkataan ''putus asa'' dalam medan jihad didunia yang fana ini.



best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Hijrah dirimu sayang..


Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah

Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah ..
( lirik -Devotees_Hijrah menuju Allah )

Assalamualaikum.
#so deep ! betulkan lirik lagu yang dibawa oleh group Devotees ni. :)
Mesti la. ingat senang Allah nak bg free untuk benda yang paling mahal ( syurga Allah)
Allahu. siapa je yang tak nak syurga Allah,Raudhatul firdausi..?
Semua nak kan, tapi bila kita pandang cermin.. macam tak layak je kita untuk masuk syurga Allah. Dengan amalan 50/50..Perintah Allah selalu ditinggalkan. layak ke syurga untuk kita.? sangat tak layak. Tapi , untuk menghadapi azab Allah..neraka jahanam..mashaAllah..menitis air mata bila membayangkan jika kita antara salah satu nya insan akan dihumban ke neraka jahanam atas dosa kita sendiri yang lakukan.

Bila da jadi baik pun..tetap rasa kerdilnya diri bila memikirkan ada yang lebih baik dari kita. inshaAllah..Allah tahu betapa kuatnya kita bangun dari segala keperitan. Allah tahu. Bersabar la wahai hati. 

Tiba-tiba sy terfikir..saya nak beri satu analogi.Hidup ini umpama explorace. Allah letakkan kita dalam berkumpulan didunia iaitu (mempunyai keluarga ) . dan dalam explorace tersebut, kita kena lalui pelbagai rintangan iaitu (ujian). dan..pasti dipenghujungnya..yang mana menang akan diberikan hadiah iaitu (syurga ) tetapi mana yang kalah, akan diberikan denda ( azab Allah/ neraka ). 
simple kan..? tapi..dalam explorace yang Allah cipta untuk Umat Nabi Muhammad s.a.w sangat istimewa.. iaitu.. walaupun kita umat terakhir didunia..tetapi kita adalah umat pertama masuk syurga. Istimewanya agama islam, semua orang akan merasai nikmatnya syurga..cuma cepat atau lambat je. Sangat beruntungkan ..?

Adakalanya sy tersangat lah pelik. Bagaimana orang boleh ketawa berlebihan sedangkan maut hanya depan mata.? dan..bagai satu tradisi.. bila ditanya pada para pemuda, ''bila nak berubah..?'' kebanyakkan nya akan menjawab ''..tunggu la..tua-tua sikit taubat la, time ni la untuk enjoy..''.. Sejujurnya,jika sy jumpa orang yang jawab macam tu..sy teringin nak peluk dia seeratnya..sy risau jika dia tidak sempat bertaubat. 

Sahabat yang sgt sy sayangi. Sy bukan seorg ustazah. malah..jauh sekali jika dikatakan alim. Tetapi, jujur sy katakan..24jam..sy muhasabah diri kerana memikirkan..bagaimana keadaan hidup saya dimasa akan datang (akhirat).. bagaimana dgn soalan mungkar dan nangkir,dapat ke sy jawab.? bagaimana dengan timbangan al-mizan..adakah berat disebelah kiri.? bagaimana perjalanan sy dipadang masyar.? bagaimana keadaan sy ketika di titian sirat al-mustaqim.? bagaimana penghujungnya..raudhatulfirdaus atau neraka jahanam..?

Allah... :'(
Awak yang sedang membaca. awk tak rasa ke ape sy rase.?
tiap kali sy fikir, air mata bergenang ..sakit untuk tahan satu tangisan yang amat dalam.

Dari hari ke hari, sy cuba. sy cuba untuk buat sesuatu yg boleh jadi saham sy diakhirat kelak. sy juga berharap agar segala penulisan sy sedikit sebanyak dapat beri sesuatu yang bermakna pd para pembaca. 

jom kita berubah .. tiada kata ''da terlambat..'' ..''sy banyak dosa''..
..sy nak bg tahu..pintu taubat Allah tu luas sayang..sangat luas..
Pintu taubat tu akan tertutup tika dimana saat kita sedang berjuang dengan sakaratulmaut. tak kan kita nak tunggu bila nak 'nazak' baru nak taubat..?
ingat hidup ni main-main ke..? hidup ni cuma satu 'r&r' untuk kita. Hidup kita 2 kali tetapi mati hanya sekali.
awak..kehidupan kita..kebahagian kita bukan disini.
Dunia banyak melalaikan kita..dan banyak yang telah hanyut..

Allah.. :(
jika boleh digantikan nyawa sy supaya hati semua orang terbuka untuk taubat dan memilih akhirat tempat istirehat.Pasti sy sanggup gadaikan nyawa sy.
Dunia adalah medan jihad sayang..
Akhirat adalah tempat istirehat yang sebenarnya..

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Sunday, 4 January 2015

Tragedi 2014. !



Assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Pada malam isnin ni, saya tak tahu kenapa..kisah silam yang sangat mengerikan bagi saya bermain-2 di ruangan mata saya. Sungguh, amat menakutkan. Jika boleh minta, saya nak padam keluruhan memori tu. >.<

Saya nak bercerita,pengalaman hebat bagi saya. Mungkin no point untuk saya bercerita. Tetapi apakan daya, hati ni terlalu mendesak supaya saya dapat meluahkan dalam bentuk tulisan.

Pada tahun 2014, sy sem 4 di Kolej Kejururawatan Melaka. Hostel sy pada waktu tu di Pangsapuri Peringgit. Bangunan yang mempunyai 7/8 tingkat sangat meninggalkan kesan pengalaman hitam bagi sy serta rakan-rakan yang lain.
Pada satu malam, sy keluar ke rumah kawan sy..tetapi tak lama sebab pada malam tu sy serta kawan sy kak khaira nak stay up untuk study , lagipun.. kami semua dalam minggu exam. sy dan kak khaira housemate sy mmg sekepala sbb suke stay up tengah malam. Adakalanya,sampai tak tidur sampai ke pagi.
Tetapi mlm tu, jam menunjukkan pukul 10 lebih, masih awal..tetapi mata seolah-olah..mengantuk sangat.
sy ckp dengan kak khaira.. " kak khaira,sy ngantuk..nanti kejut sy dalam pukul 12.." . sy pun tertidur dekat luar bahagian ruang tamu sebab fikir nak tidur sekejap,lps tu nak sambung study.. bila sy tidur..kak khaira pun rasa mengantuk. Kak khaira msk tidur dalam bilik,tetapi pintu terbuka sbb sy tdr dkt luar. Kak khaira pun fkr hanya nak tdr sekejap dan ingin bangun balik sambung study..tetapi..

''..Aaaaa...'' sy terus terjaga bila dengar satu jeritan,dan melihat keadaan dalam kelam kabut dalam bilik.
Waktu sy bangun, kepala sy terasa sangat pening. sy sempat melihat jam hampir 4pagi. Fikir sy ,berlaku ''histeria''..sy cepat membaca ayatul kursi. hanya tu terus melintas dekat hati sy. Allah.
Apabila sy bangun berdiri untuk melihat apa yg terjadi dalam bilik, sy bertembung dengan seseorang..sy fikir tu housemate sy..sebab keadaan yang agak kelam sukar bagi sy nak lihat dengan jelas. sy pun bertanya ''kenapa ni.. kenapa sy dengar orang jerit''.. orang dihadapan sy tak menjawab, malah dia terus melarikan diri ke dapur. Ntah kenapa..sy seolah-olah..mengikuti dia. Sy sempat tunggu dekat belakang dia sewaktu dia membuka pintu dapur. Masa tu, sy hanya berdiam diri dan perasaan takut sangat menguasai diri.
.. sy tanya..''..nak pergi mana ni..'' ..Dia yang sy sangka kan housemate sy tu,terus melompat dari tiang dapur sy ke laluan hadapan rumah. Masa tu juga..sy melihat..pisau dari tangan nya terjatuh ke atas bumbung. Allah.
Sy sungguh terpaku. sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Tiba-tiba ..pintu rumah sy diketuk bertalu-talu. Semua housemate sy ckp.. ''ana..jangan buka..tolong jangan buka, duduk sini..jangan pergi mana-mana..dia PENCURI anaaa..''... Mengigil satu badan sy,bila sy dapat tahu..orang yang sy ikut tanpa sedar tu adalah pencuri. Allahurabbi.


Hampir satu bangunan Pangsapuri Peringgit bangun kerana situasi yang sangat bising. Lecturer kami dtg melihat kami semua. Alhamdulillah. semua nya selamat, cuma ada beberapa barang housemate sy hilang.
Polis juga datang untuk melihat kejadian yang menimpa kami semua. Pada waktu tu, masing-masing berpelukan antara satu sama lain kerana terlalu takut. Pada keesokkan harinya, kami semua ke balai polis untuk membuat laporan..

Pada malam berikutnya, kami semua seolah-olah trauma dengan apa yang terjadi.Cukup la sy mencerita keadaan sy pada ketika itu. Allah. semangat sy seolah-olah hilang.Baru diuji macam tu ,macam mana bagi orang yang menghadapinya lebih teruk. Allahurabbi tak terbayang sy.Cukup la satu pengalaman ni, mengajar sy 1001 erti.

Ketakutan yang sy alami ketika tu, sangat menghantui diri sy sampai sekarang.
Pada malam seterusnya..sy tak pernah tidur dengan tenang. Setiap langkah sy di sana tak pernah berseorangan, mesti ada teman walaupun ingin ke dapur. Allah.

Di class, ada classmate tanya pd sy.. ''ana, waktu ana tidur dekat luar, ana tak sedar ke.? dan..mungkin pencuri tu ada dalam rumah ana dalam waktu yang lama'' ..
sy ada terfikir tetang tu, malah menambah lagi rasa ketakutan dalam diri.
tiba-tiba..ada orang menjawab soalan kwn sy tu.." ..sy rasa kan ana, Allah selamatkan ana, Allah tutup hijab pencuri tu dari nampak ana..nak tahu sebab apa..sy tengok,tiap kali ana nak tidur..ana tak pernah lupa baca ayat kursi dan doa tidur..betul tak ana..''
Allah..kata-katanya sangat buat sy hampir menitis kan air mata. sy tak perasan kelakukan sy diperhatikan.
sy rasa sangat dan tersangat la bersyukur. Allah selamat kan sy dalam satu situasi macam-macam boleh berlaku. Allah.

ALLAH selamat kan sy untuk kali keduanya dengan bantuan ayat kursi. Bila terjadi pd diri baru sy tahu kekuatan ayatul kursi. Subhanallah..
Pada kali pertama, ketika sy melalui satu jalan yang sangat sunyi, dan pada waktu yang sama..sy diekori dengan sebuah kereta, sy perasan ada dua orang lelaki bertopi.. makin lama, makin dekat kereta tu mengikut pergerakan sy. Waktu tu, sy hanya memohon keajaiban dari Allah melalui ayt kursi.. sy ulang dan terus ulang membaca ayat kursi tersebut.. Dan..apa yang membuat sy terkejut, kereta tu makin dekat dengan sy..tetapi mereka seolah-olah tidak nampak sy. Lalu, kereta tu pun berlalu pergi. Menangis sy tika tu..hanya Allah yang mengetahuinya.

Dua kisah ni tak kan sy lupa sampai bila-bila.
Besarnya kuasa Allah. kun fa kun...
Nasihat sy..amalkan ayat kursi. InshaAllah..ia akan menolong kita.
InshaAllah.


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Takdir cinta


Erm..saya tak tahu kenapa..tiba-tiba je lagu (takdir cinta) dari rossa ni ngam dengan hati.
Apa kena mengena nya.? hmm. sungguh tersurat tersirat dan menyirat.kan..haha
Biar jela saya sorang je yang faham, dan Allah yang lebih mengetahui dari saya sendiri.
tak pe la. Selagi tak melalaikan. Dengar jela. Senyum. :)

(TAKDIR CINTA-ROSSA)

Ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

reff:
Andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa

Biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku

Penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Kejar Cinta Allah Bukan Mudah. Ia Perlukan Hati Yang Kuat Dan Kuat



Assalamualaikum.

Susahkan dalam mengejar mujahadah. Pahit Perit. Hanya Allah mengetahuinya.
Bila kita sudah mampu untuk berdiri tegak, kita rasa kita sudah kuat..tetapi saat kita kuat..
Dumpp !! jatuh lagi hujan batu ! tika diri ingin bangun kembali. Dumpp !! hujan batu yang besar makin lebat menimpa diri. Allahu. Sungguh, perit dalam mengejar cinta ilahi.
Allah. Sayang..dengar sini,UJIAN itu bukan melemahkan ..tetapi disitu la kekuatan kita.

Tanda Allah sayang seseorang hambanya, -Dia akan uji dan terus menguji.
Hapus air mata. Tersenyum la saat diuji. Allah sedang mentarbiyahkan dirimu syg.

Allah, hebat bukan dalam mengejar cinta ilahi.? :) percaya lah, disebalik keperitan, kepahitan yang kita rasa hanya sementara..Percayalah juga bahawa..ada sinar mentari dipenghujungnya.
Allahurabbi..Jannatulfirdaus ada disetiap penghujung jalan derita yang sedang kita alami. Allah. Disitu sebenarnya terletak kebahagiaan yang hakiki.

Bagi insan kerdil seperti saya, pasti merasai pahit manis ujian yang Allah berikan.
Sungguh, pada awalnya sy tak kuat. tapi, dengan meletakkan hanya Allah satu-satunya tempat pergantungan, semuanya menjadi mudah.

hmm. moga sy serta sesiapa yang membaca tulisan saya ni istiqamah dalam setiap perubahan yang dilakukan.amin.

p/s : Saya nak tanya..td waktu sy buka 'fb' , sy terbaca sesuatu kata-kata dari UAI. Betul ke.?

that's mean..sy kena khawin la kan.? ..
haha..haishh..mestilah..setiap orang akan khawin jika jodohnya ada didunia.
tak pe la ana..tunggu jela pilihan mama...hee. :)

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Friday, 2 January 2015

Betapa sayangnya Rasulullah pada umatnya


Betapa besar cinta Rasulullah kepada kita, tetapi sedetik pun kita tak rasa cinta kepada Rasulullah, langsung tidak rasa bersalah apabila meninggalkan sunnah baginda..
“Ya Allah, kau tanamkanlah rasa cinta ku kepada Mu dan Rasul-Mu”.. Tak dapat bayangkan macam mana perasaan para sahabat ketika nabi wafat. Tapi kita sekarang, tak rasa sedih langsung walaupun Rasulullah telah meninggalkan kita.
Daripada Abbas r.a Rasulullah saw bersabda : “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad saw”
Jibrail a.s akan datang kepadanya membawa seekor buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga. Israfil bersuara “wahai roh yg baik ! Kembalilah ke tubuh yg baik maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yg kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika rasulullah saw berdiri, baginda saw telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda saw. Baginda saw melihat kanan dan kiri. Baginda saw menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Baginda saw bersabda “kekasihku Jibrail! Gembirakanlah aku !”
Jibrail as berkata: “apaakah yang kamu lihat di hadapanmu ?”
Baginda saw bersabda: “bukan seperti itu pertanyaanku.”
Jibrail as berkata: “adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yg terpacak di atasmu ?”
Baginda saw bersabda: “bukan itu maksud pertanyaanku.
Baginda saw bersabda: “aku bertanya kepadamu akan umatku. Dimana perjanjian mereka ?”
Baginda saw bersabda: “nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibrail as menyeru “wahai sekelian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yg telah disediakan oleh Allah taala”
Umat-umat dtg di dlm keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali nabi Muhammad saw berjumpa satu umat baginda saw akan bertanya: “di mana umatku ?”
Jibrail as berkata: “wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as dtg, Jibrail as menyeru: tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibrail as menangis.
Nabi Muhammad saw berkata: “mengapa kamu berdua menangis.” Jibrail as berkata: “bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?” Nabi Muhammad bertanya: “dimana umatku ?” Jibrail as berkata: “mereka semua telah dtg. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”
Apabila mendengar cerita demekian, nabi Muhammad saw menangis lalu bertanya: “wahai Jibrail! Bagaimana keadaan umatku yg berbuat dosa?”
Jibrail as berkata:,”lihatlah mereka wahai Muhammad saw!”
Nabi Muhammad saw bertemu umatnya yg berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “wahai Muhammad!”
Nabi Muhammad saw bersabda: “wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.
Allah taala berfirman di dalam keaddan dia amat mengetahui sesuatu yg tersembunyi: “di mana umat Muhammad saw?” Jibrail as berkata: “mereka adalah sebaik umat.”
Allah taala berfirman: “wahai Jibrail! Katakanlah kepada kekasihku Muhammad saw bahawa umatnya akan dtg untuk ditayangkan di hadapanku.”
Jibrail as kembali di dalam keadaan menangis lalu bertanya: “wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah taala”
Nabi Muhammad saw berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah taala”
Allah taala berfirman: “hari ini, kami akan nenbalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.
Hari ini, aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiku. Dan, aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhapaku.
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad saw menyeru: “tuhanku.. Penguasaku penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku darimu!”
Ketika itu juga, mereka jahanam berseru: “siapakah yg memberi syafaat kepada umatnya ?”
Neraka pun berseru: “wahai tuhanku.. Penguasaku dan penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaanya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku. Bara apiku, penyiksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”
Nabi Muhammad saw lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda saw sujud di hadapan arsy Allah swt dan sekali lagi, baginda saw rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “maha suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah taala ini begitu mengambil bearat, hal keadaan umatnya.
Fatimah r.a bertanya: “di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda saw menjawab: “kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”
Tatkala umat nabi Muhammad sedang mencari mimbar nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketika Mariam melihat umat nabi Muhammad saw dia berkata: “ini umat nabi Muhammad saw. Mereka telah sesat dari nabi mereka.”
Suara Mariam, telah didengari oleh nabi Muhammad saw. Nabi Adam a.s berkata kepada nabi Muhammad saw “ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah taala”
Nabi Muhammad saw menjerit dari atas minbar lalu bersabda: “marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah taala untukmu!”
Umat nabi Muhammad saw berkumpul di sisinya. Ketika di atas sirat, nabi Muhammad saw bersabda kepada malaikat malik: “wahai malik! Dengan kebenaran Allah taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.
Nabi Muhammad saw berhenti di atas sirat
Setiap kali, baginda saw melihat seorang dari umatnya bergayut di atas sirat, baginda saw akan menarik tanganya dan membangunkan dia kembali.
Nabi Muhammad saw berkata “tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan!  Selamatkan mereka!
Sahabat muslimin dan muslimat…
Pernah kita fikir selama ini adakah kita jalankan segala saranan Rasulullah??
Pernah kita fikir pengorbanan baginda???
Pernah kita ada rasa untuk mencintai baginda???
Pernah kita hargai betapa sayangnya baginda pada kita???
Tika sakaratul mautnya…..
Perkataan apa yang keluar dari mulut baginda???
Ummati…ummati…ummati….
Pernah kita hargai betapa cintanya baginda pada kita???
Tika jasadnya dibangunkan…
Perkataan apa yang keluar dari mulut baginda???
Ummati…ummati…ummati….
YA ALLAH…
tiada kata yang bisa keluar dari mulut ini…
tiada ungkapan yang dapat digantikan dengan betapa kasihnya Rasullullah pada umatnya..
Cintailah Rasulullah saw, kerana sesungguhnya baginda amat menyayangi kita semua khususnya kepada UMATnya yang tercinta. Sayangnya Rasulullah kepada kita….

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Rindukan Rasulullah..

Allah..setiap kali baca kisah bilal bin rabah rindukan Rasulullah..Allahurabi..airmata tak henti menitis.
Sungguh besar rindu Bilal. Sedangkan kita.? T-T
.......................

Kisah Sahabat Rasullah saw..'Bilal'... Siapa tahu pemilik bunyi derapan kaki di syurga?
Di dunia dia hitam..
Di dunia dia hamba..
Dia dunia dia tak punya apa apa..

Beliau kasihkan Rasulullah..
Rasulullah kasihkan beliau..
Bilal beriman kepada Allah walau disiksa dengan teruk sekali..
Selepas Rasulullah wafat dia pindah dari Madinah kerana terlalu sedih dengan kewafatan Rasulullah dan dengan harapan agar kurang sikit kerinduannya terhadap Rasulullah. Namun yang terjadi adalah sebaliknya- kerinduannya terhadap Rasulullah tambah memuncak.
Nak bagitahu kat sini yang Bilal punya rindu kat Rasulullah tak sebanyak kita rindu Rasulullah..
Bilal sampai tak nak azan sebab sebak..
Sebelum dia azan..
Dia akan kejut Rasulullah dari tidur..
Kalau tak dia.. Rasulullah yang kejut kan dia..
Rasulullah selalu tunggu dia dari menara lepas dia azan..

Rasulullah sambut dia..
Mana mungkin dia tak rindu..
Bilal takut..
Takut di tinggal Rasulullah..
Sebab dia rindu..
HebatBilal ni..
Lepas dia keluar dari Madinah tu.. Dia ke Syam rasanya
Dia ingat dia dapat kurangkan rindu..
Tetapi lagi bertambah rindunya..

Satu malam tu Bilal bermimpi Rasulullah..
Rasulullah tanya kenapa dia dah lama tak melawat Rasulullah..
Mana bukti dia rindu Rasulullah..
Sebaik Bilal terjaga. Dia menangis....Tangisan yang sungguh-sungguh

Sampai keluarga bertanyakannya "Kenapa Bilal kenapa kamu menangis"..
Bilal menyatakan "aku bermimpi Rasulullah"..

Pastu esoknya dia balik semula ke Madinah..
Dlm perjalanan tu dia menangis..
Menangis sebab rindukan Rasulullah
Dlm hati dia cuma satu..
Kepulangan dia cuma nak melepaskan rindu pada kekasihnya..
Sampai suara dia tak ada
Sampai shja dekat maqam Rasulullah..
Dia memberi salam dalam suara yg lemah dengar tak je suara..
Sbb dia nangis terlampau sangat.. Sbb rindu yg kuat sgt..
Dia beri salam.. "Assalamualaika ya Rasulullah, assalamualaika ya habiballah"
Masa tu khulafa ar rasyidin tepuk kepala Bilal.
Masa tu Saidina Abu Bakar dengan Saidina Umar..
Lupa antara salah seorang tu ckp kat Bilal
"Wahai Bilal, ingatlah airmata yang menangis kerana rindukan Rasulullah itu.. Takkan ditinggalkan Rasulullah"
"Dan engkau adalah orang yang tidak pernah ditinggal Rasulullah"..
Pernah tak awk menangis kerana rindu Rasulullah??
Jawab sendiri..

Pastu Bilal tanya "benarkah begitu?"
Khulafa ar rasyidin pun  menjawab.. "Benar"..
Pastu Bilal terus peluk mereka
Airmata kurang dah..
Sebab gembira mendengar Abu Bakar kata begitu..

Allah Allah Allah..
Lepastu Abu Bakar kata..
Sudah beradanya kamu di madinah.. Bagaimana kalau kamu azan..
Lepas tu bilal toleh kat menara..
Bilal teringat Rasulullah
Airmata yg tadi dah berenti, datang balik..
Bilal nangis lagi..

Bilal berkata..
"Tidak Abu Bakar tidak wahai Umar..
Aku tidak kuat lagi untuk azan"..

Lepas tu, datang dua anak kecil
Sorang pegang tgn kanan sorang pegang tgn kiri..

Teka siapa anak kecil dua orang itu????

Kanan Saidina Hassan kiri Saidina Hussin..

Lepas tu Bilal terus lahir rasa syukur sbb Allah hadir kan anak kecil yg merupakan orang yang dikasihi Rasulullah..

Wajah Hassan mirip Rasulullah..

Kaki Hussin mirip Rasulullah..

Bilal tengok wajah Hassan dan tengok kaki Hussin byk kali..
Lepas Bilal tengok Saidina Hassan dan Hussin..Bilal peluk mereka.. Jelas..
Bilal terbau bau Rasulullah..

Sollu alan nabiy!

Macam tu sekali cintanya Bilal pada Rasulullah..
Tak lama selepas itu..
Hassan dan Hussin berkata..
"Bilal aku rindu mahu mendengar suara kamu melaungkan azan"

Mereka minta Bilal azan..
Bilal toleh pada Abu Bakar dan Umar..
Abu Bakar suruh Bilal lakukan..

Masuk waktu.. Ramai orang tunggu Bilal untuk dgr Bilal azan..

Ramai dah bertanya "di mana Bilal? Mana Bilal?"..
Lepas tu terpancar satu cahaya dari susuk tubuh yang gelap..

Bilal mmg gelap..

Tp dari kegelapan kulitnya terpancar satu cahaya yang menunjukkan cahaya pertama dia mencintai Rasulullah..

Bilal mula berdiri ditempat yang biasa beliau berdiri..

Semua orang menangis kerana teringat kenangan bersama Rasulullah..

Bilal terus berjalan untuk naik ke menara..

Masa naik tu Bilal nangis lagi
Bilal teringat Rasulullah..

Bilal terlihat dimata tempat Rasulullah menghantarnya menunggunya ketika dia azan..

Orang ramai yang menyaksikan Bilal ketika itu pakat menangis..
Sehingga dikatakan tiada tangis sebanyak tangis ketika waktu itu di Madinah..

Akhirnya bilal terus memulakan azannya
الله اكبر الله اكبر
Dengar shja suara Bilal azan..
Semua jemaah menangis..

Menangissss sedih..
Rindu Rasulullah..
Rindu kekasih..
Rindu kekasih Allah..
Bilal teruskan juga azannya..

Masa tu jemaah ada yang menangis.

Jatuh..

Malah ada yang pengsan..

Knp mereka nangis??..

Knp mereka jadi lemah?

Knp mereka jd camtu?
Sebab teringat kenangan bersama Nabi Muhammad SAW..

Sehingga orang yang diluar masjid pun terkejut dgr Bilal azan.

Ada yang bertanya..

"Adakah Rasulullah dibangkitkan lagi, dibangkitkan semula?"

Sebab dulu bila dgr suara Bilal, mesti ada Rasulullah..

Jadi bila mereka terdengar suara Bilal..
Yang sudah lama tak kedengaran..
Seolah Rasulullah ada disitu..
Sbb tu mereka bertanya adakah Rasulullah dibangkitkan lagi..

Dijawab orang yang kat situ "Tidak, Itu suaranya Bilal"..

Lepastu mereka menundukkan kepala..
Masa azan Bilal bin Rabah sampai di kalimah Syahadah..

Makin ramai yang menangis..
Sehingga tangisan itu didengari..
Bilal juga menangis..
Sampai suaranya hilang..

Masa menyebut nama Muhammad.. Bilal terus pengsan
Kemudian Bilal tersedar..

Bilal berkata,
"Lanjutkan.. aku tidak mampu melanjutkan"..

Di saat kalimah MuhammadarRasulullah,
Bilal jadi lemah..

Allahu Rabbi...



Macam tu lah kerinduan Bilal kepada Rasulullah..

Ketika menyebut nama Rasulullah..

Itu yang Bilal rasa..

Rindu..
Rindu sampai lemah..
Tak terdaya..

Tp bila kita sebut nama Rasulullah.. Muhammad saw..

Moga Allah jadikan kita orang yg benar2 mencintai baginda Rasulullah, bkn setakat lafaz dibibir.

Sollu 'alannabiy

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

i'm proud to be muslimah


Aku mungkin nampak muslimah pada matamu,
Tapi tidak bermakna aku benar-benar solehah.
Aku mungkin nampak bersungguh-sungguh mengejar mujahadah,
Tapi tidak bermakna aku boleh tetap mengekalkan istiqamah.
Aku mungkin nampak seakan-akan bidadari Jannah,
Tapi tidak bermakna aku benar-benar menurut syariah.
Kerana aku yang kau lihat hanyalah sekadar pandangan,
Bukan sebenar-benar kenyataan.
Aku yang kau lihat hanyalah insan yang lemah,
Bukan segagah bekalan kudrah.
Aku perlukan pimpinan,
Bukan sindiran.
Aku perlukan pautan,
Bukan kayu yang berjatuhan.
Aku perlukan dorongan,
Bukan perlian yang menyatakan simpati dari apa-apa yang ku tuliskan.
Aku masih rapuh.
Ya Rabb 

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-