JellyPages.com

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

Monday, 5 January 2015

Hijrah dirimu sayang..


Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah

Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah ..
( lirik -Devotees_Hijrah menuju Allah )

Assalamualaikum.
#so deep ! betulkan lirik lagu yang dibawa oleh group Devotees ni. :)
Mesti la. ingat senang Allah nak bg free untuk benda yang paling mahal ( syurga Allah)
Allahu. siapa je yang tak nak syurga Allah,Raudhatul firdausi..?
Semua nak kan, tapi bila kita pandang cermin.. macam tak layak je kita untuk masuk syurga Allah. Dengan amalan 50/50..Perintah Allah selalu ditinggalkan. layak ke syurga untuk kita.? sangat tak layak. Tapi , untuk menghadapi azab Allah..neraka jahanam..mashaAllah..menitis air mata bila membayangkan jika kita antara salah satu nya insan akan dihumban ke neraka jahanam atas dosa kita sendiri yang lakukan.

Bila da jadi baik pun..tetap rasa kerdilnya diri bila memikirkan ada yang lebih baik dari kita. inshaAllah..Allah tahu betapa kuatnya kita bangun dari segala keperitan. Allah tahu. Bersabar la wahai hati. 

Tiba-tiba sy terfikir..saya nak beri satu analogi.Hidup ini umpama explorace. Allah letakkan kita dalam berkumpulan didunia iaitu (mempunyai keluarga ) . dan dalam explorace tersebut, kita kena lalui pelbagai rintangan iaitu (ujian). dan..pasti dipenghujungnya..yang mana menang akan diberikan hadiah iaitu (syurga ) tetapi mana yang kalah, akan diberikan denda ( azab Allah/ neraka ). 
simple kan..? tapi..dalam explorace yang Allah cipta untuk Umat Nabi Muhammad s.a.w sangat istimewa.. iaitu.. walaupun kita umat terakhir didunia..tetapi kita adalah umat pertama masuk syurga. Istimewanya agama islam, semua orang akan merasai nikmatnya syurga..cuma cepat atau lambat je. Sangat beruntungkan ..?

Adakalanya sy tersangat lah pelik. Bagaimana orang boleh ketawa berlebihan sedangkan maut hanya depan mata.? dan..bagai satu tradisi.. bila ditanya pada para pemuda, ''bila nak berubah..?'' kebanyakkan nya akan menjawab ''..tunggu la..tua-tua sikit taubat la, time ni la untuk enjoy..''.. Sejujurnya,jika sy jumpa orang yang jawab macam tu..sy teringin nak peluk dia seeratnya..sy risau jika dia tidak sempat bertaubat. 

Sahabat yang sgt sy sayangi. Sy bukan seorg ustazah. malah..jauh sekali jika dikatakan alim. Tetapi, jujur sy katakan..24jam..sy muhasabah diri kerana memikirkan..bagaimana keadaan hidup saya dimasa akan datang (akhirat).. bagaimana dgn soalan mungkar dan nangkir,dapat ke sy jawab.? bagaimana dengan timbangan al-mizan..adakah berat disebelah kiri.? bagaimana perjalanan sy dipadang masyar.? bagaimana keadaan sy ketika di titian sirat al-mustaqim.? bagaimana penghujungnya..raudhatulfirdaus atau neraka jahanam..?

Allah... :'(
Awak yang sedang membaca. awk tak rasa ke ape sy rase.?
tiap kali sy fikir, air mata bergenang ..sakit untuk tahan satu tangisan yang amat dalam.

Dari hari ke hari, sy cuba. sy cuba untuk buat sesuatu yg boleh jadi saham sy diakhirat kelak. sy juga berharap agar segala penulisan sy sedikit sebanyak dapat beri sesuatu yang bermakna pd para pembaca. 

jom kita berubah .. tiada kata ''da terlambat..'' ..''sy banyak dosa''..
..sy nak bg tahu..pintu taubat Allah tu luas sayang..sangat luas..
Pintu taubat tu akan tertutup tika dimana saat kita sedang berjuang dengan sakaratulmaut. tak kan kita nak tunggu bila nak 'nazak' baru nak taubat..?
ingat hidup ni main-main ke..? hidup ni cuma satu 'r&r' untuk kita. Hidup kita 2 kali tetapi mati hanya sekali.
awak..kehidupan kita..kebahagian kita bukan disini.
Dunia banyak melalaikan kita..dan banyak yang telah hanyut..

Allah.. :(
jika boleh digantikan nyawa sy supaya hati semua orang terbuka untuk taubat dan memilih akhirat tempat istirehat.Pasti sy sanggup gadaikan nyawa sy.
Dunia adalah medan jihad sayang..
Akhirat adalah tempat istirehat yang sebenarnya..

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

No comments:

Post a Comment