JellyPages.com

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

Monday, 24 June 2013

impian setiap muslimah

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat hujan turun membasahi bumi ...
Langsung tidak terdetik di hati...
Untuk membuka hijab di kaki...
Kerana dia mengetahui..
Apalah sangat basah itu...
Jika dibandingkan dengan panas di sana nanti..

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat remaja sibuk mencari cinta manusia...
Dia juga sibuk mencari cinta..
Tapi bukan cinta manusia yang di haus kan nya..
Bahkan ia cinta yang agung.. 
Cinta pada Ilahi...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat remaja sibuk menggayakan pelbagai fesyen semasa...
Dia sibuk mencari kain yang tebal..
Untuk membaluti keindahan yang ada pada nya...
Buat pemilik cinta nya setelah Pencipta dan Rasul -Nya...
Biarlah di kata ketinggalan zaman..
Biarlah di pandang serong oleh mereka yang jahil...
Hatinya tetap pada syariat Islam..

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat ramai yang berlabuh di kala malam menginjak..
Dia berlabuh di hamparan sejadah...
Menangisi dosa-dosa nya yang tidak diketahui...
Memaafi yang zalim terhadap nya...
Tekad dalam berusaha menggapai redha dan cinta- Nya...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Tatkala dia berjalan dengan pandangan penuh keyakinan ke hadapan...
Hanya pandangan ajnabi yang mampu menundukkan pandangan nya..
Tatkala dia berjalan dengan layak nya jalan seorang muslimah..
Murah senyuman nya pada yang halal bagi nya...
Tanpa rasa terpaksa maupun di paksa...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Bukan sahaja pemurah senyuman...
Tapi jua pemurah dari segi pertolongan..
Bijak dalam memberi pertolongan...
Supaya tiada yang menyalahgunakan..
Kebaikan yang dihulur...

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Di saat remaja menangis kerana kecewa cinta manusia..
Dia menangis kerana jatuh cinta...
Takut tersalah dalam meletakkan cinta nya...
Kerana dia tahu...
Cinta itu membutakan hati..
Di kala cinta Allah dibelakang kan..

Aku ingin menjadi muslimah itu...
Yang tabah menjalani hidupnya...
Yang teguh terhadap pendiriannya berteraskan islam..
Yang yakin dengan janji Nya Yang Khaliq...
Yang ikhlas menjalankan ibadah nya...
Yang lembut perkataan pada yang halal..
Yang tegas bila bertemu yang selain mahram..
Yang setia menunggu pemilik cinta nya setelah Allah dan Rasul...


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Sunday, 23 June 2013

teluk senangin sy datang !

title yang amat xcted. ! semsti nyee la. sy da lame nak gie,last-2 tercapai jga. thanz t0 my dad. syg ayah banyak-2.  ^___^ .ok.. skrg sy nak uploud pic dlm my blogger ni just tuk jdkan memories jee. :) and sebelum tu, selain nak cte tntng  pantai yg amat cantik tertarik tu, ayh bawa camera nikon ! ayah bg sy hp HTC ! jd ape lg.. snap pic sampai tak ingat dunia !!!!


k,hope 1 hari nanti sy dpt beli camera tu gne duit sndri. (berdikari sikit) huu


mcm best je kan. MESTI LA BEST ! best telan pasir,best minum air masin. =') kesian adk-2 sy, seronok sangat main ngan ombak. sy pun join 2kaki.. grr


0k.da selalu sgt duduk atas tanah. sekali sekala teringin jga nak duk atas pokok. ^__^


time ni,kat teluk batik.saje makan angin + snap pic tiap saat. ^*^


0k.ni je la yg boleh sy tunjukkan pic yg sy gie sane. rugi sape xgie. ;) best sgt tempat dy.

last ... thanx ayah sbb bwa kit0rg jalan-2. mujur la sempat sy dtg sini. da la lg 3 hari nak balik melaka da. xsukenye..... nak cuti lg.. (kene buat kolej sndri la nmpk gayenye) haha







best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Wednesday, 19 June 2013

lavender ... ^___^

persoalan ???
kenapa saya terlalu suka kan bunga lavender.??
pantang nmpk bunga or ape-2 yg berkaitan ngan lavender mesti senyummmmm je.
nanti kawin sy nak wat konsep LAVENDER boleh x?
gatal kan. haha

saje je update tentang LAVENDER sbb baru lps g0ogle tgk pic lavender.



cantik kan. ^___^ bau dy pun wangi.. <3

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

kata-2 #copypaste dari g0ogle. ^_^







 dan yg terakhir ....

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

kata-kata dari ustaz don





best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

kata-2 dari ustaz azhar idrus

kadang-kadang Allah hilangkan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kite menangis dan tertanya-tanya
kemana hilangnya sinar..
Rupa-2nya ..Allah nak hadiahkan pelangi yang indah...









best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

bila 'danbo' berbicara...



dia tak kan pernah faham..xde sape akan faham.


tak tahu sampai bila perasaan ni terus diuji..


stress ..hanya tuhan je tahu...


saya tak kan pernah berhenti berdoa..


saya harap saya cepat bangun dari mimpi-2 ngeri.saya da xkuat.


semoga Allah tunjukkan jalan supaya saya dapat keluar dari segala persoalan dalam hati ni.



sabar..dan terus bersabar...


saya tetap menunggu jawapan dari persoalan di hati saya


senyuman di bibir menutup segala kesedihan. =')


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Tuesday, 18 June 2013

kata-2 yg mnjd panduan...


"Wanita yang hebat adalah yang mampu melawan kata hati.


Kelemahan wanita adalah pada hatinya. Bila hatinya lemah, mulalah dirinya goyah. Kuatkan dengan Zikrullah. Teguhkan dengan solat dan sabar. Mantapkan dengan al-Quran dan tahajjud malam." : Rusydee Artz | Lukisan Dakwah



Bakal IMAMku, aku tidak meminta rumah yang besar, aku tidak meminta kereta yang gah, aku tidak meminta rantai emas berlian permata yang indah, aku tidak meminta wang yang banyak, dan 

aku tidak mendambakan kehidupan yang serba mewah, cukuplah dengan bersederhana, tetapi izinkan aku meminta sesuatu darimu,bimbinglah aku dalam mendapatkan syurga-Nya...



"Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tham-min bil hairi." 


-Ya Allah, Kau permudahkan jgn Kau susahkan. Ya Allah Kau akhirkan dengan kebaikan.



Allah berfirman dalam surah Ar-Ra'ad (ayat 11): "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang merubah nasibnya."


Jelaslah di sini,.kita sebagai hambaNya,hanya perlu berusaha dan menjadi yg TERBAIK untuk kehidupan yg lebih BAIK..

p/s:kerana Hati ini ALLAH yg pegang,.Dia yg berhak mmbolak-balikkan hati ini,mmberi secebis DERITA mahupun menghampar selautan kebahagiaan..Tiada yg INDAH sebelum waktunya..Try to change better n think possitive!..Ayuh!kite bina hati yg BAHAGIA..



~✿>> Untuk wanita sekalian :

TANYA PADA DIRI sebelum MELELAPKAN MATA,
"Dari pagi sehingga malam, sudah BERAPA RAMAI LELAKI MELIHAT AURATKU ini? Sudah berapa banyaknya DOSA-DOSA yang aku lakukan hanya kerana TIDAK MEMELIHARA AURATKU dengan sebaiknya.."

Mohonlah KEAMPUNAN dari Allah..
Ya Allah, AMPUNILAH aku dari DOSA yang aku ketahui dan tidak ketahui..♥♥



Kadang-kadang kita BERUSAHA macam nak gila,

tetapi tak pernah capai apa yang di usahakan.

Tetapi kawan-kawan usaha sikit ja terus dapat,
itu tandanya Allah nak uji KESABARAN kita. :')


Perempuan tak minat lelaki yang 'DALAM HATI ADA TAMAN', sebab perempuan lebih minat lelaki yang 'DALAM HATI ADA IMAN 


Kita tidak boleh bersentuhan tangan

Tapi cukuplah kita bersentuhan hati.
Kita tidak boleh keluar berdua
Tapi cukuplah kita bertemu dalam doa.
Simpan cinta itu untuk yang halal bagimu  



Apa yang Allah susun untuk kita sekarang sama ada derita atau sengsara , adalah yang terbaik untuk diri kita . Percayalah pada ketentuan Dia :')

Gambar: Apa yang Allah susun untuk kita sekarang sama ada derita atau sengsara , adalah yang terbaik untuk diri kita . Percayalah pada ketentuan Dia :')













best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Wednesday, 12 June 2013

something to think !



''kalau awak tanya dalam dunia ni apa yang saya nak.saya akan cakap saya nak awak ! "




awak..jodoh itu rahsia Allah.. :)


ingat tu ! biar hilang cinta manusia jangan hilang cinta yang esa !!

ni pesanan untuk awak. saya terlalu ambil berat tentang awk. harap awk jagalah diri,iman dan hati. :)

SELAGI BELUM HALAL,KITA MASIH PUNYA JARAK

Assalamualaikum. :)
bercinta itu tidak haram pada asalnya tetapi bertukar menjadi haram kerana tidak mematuhi batas-batas yang dibenarkan. Pendek kata, pengharaman itu berlaku bukan pada perasaan tersebut tetapi pada perkara luar. Atau dengan bahasa usul Fiqhnya cinta itu bukannya حرام لذاته / haram lizatihi, tetapi bertukar menjadi حرام لغيره / haram lighairihi kerana perkara lain.
Bermakna selagi mana batas-batas pergaulannya terjaga maka cinta itu tiada sebab dan alasan untuk diharamkan.

Justeru, tidak sepatutnya wujud antara kita yang semudah-mudahnya mahu menghukum mereka yang menyimpan perasaan cinta antara satu sama lain itu sebagai haram kerana perasaan cinta itu adalah fitrah manusia yang suci. Hanya apabila batas-batas pergaulan dilanggar barulah hukumnya bertukar menjadi haram.

Makan daging lembu itu adalah halal, tetapi makan daging lembu yang dicuri adalah haram, bukan kerana daging itu, tetapi kerana masalah curi. Bagi menghalalkan kembali daging tersebut, bayar sahaja wang harga daging kepada tuan punyanya.
Begitu juga dengan cinta. Menyimpan dan berkongsi perasaan cinta dengan bukan mahram itu adalah satu perkara fitrah dan diharuskan dalam agama, tetapi apabila perasaan itu disertai dengan kehendak untuk persetubuhan haram (zina), maka diharamkan, bukan kerana perasaan tersebut tetapi kerana niat untuk persetubuhan haram tersebut. Justeru, bagi menghalalkan kembali hubungan cinta yang terjalin, perkara-perkara haram yang timbul perlu dibuang. stk. ^___^

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

99 kali rindu !


Assalamualaikum...
jalan cerita 99kali rindu amat menyentuh hati sy.
cerita ni sambungan daripada cerita 7petala cinta.
jalan cerita yang islamik membuat sy terdiam tanpa kata sepanjang menghayati jalan cerita.

Walaupun pengarah filem ni bukan la dari orang islam tp dy berjaya mewujudkan 1 cerita yg begitu islamik.
sy ske tgk cerita jenis macam ni. sbb bnyk iktibar yg boleh sy dpt dan ikuti.
k,pd sesiapa yg masih belum tgk movie ni..tgk cepat-2..sebelum terlambat. :) 


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Tuesday, 11 June 2013

jatuh ke dalam longkang buat kali ke-3

Assalamualaikum.
ehem..ehem.. selalu kte dengar xnak jatuh kedlm longkang tuk kali ke-2 ni statement sy kat ats
kali ke-3..? ape kes.? haha xde ape-2 pun. just statement.. hmm
Allah lebih tahu ape yg akan jd lps ni.
so tunggu dan lihat. yang baik diikuti yang dilarang dijauhi.
moga segala jalan yg penuh duri kini akan berakhir dgn penghujung yg 'hapy ending' . ^_^ d0akan k.



pic kat ats ni just hiasan semata-2 tp...ni la yg sy harapkan 1hari nanti. =)
moga ade seseorang insan yg akn bwa sy sampai je jannatul firdaus. ~amin


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

Sunday, 9 June 2013

my new cazen !!




Assalamualaikum..
pd 16.05.2013 lahirlah cazen sy yg baru ni.
name dy 'harith danish al-baihaqi' .. sedap kan.
maksud nye.. ''kuat pengetahuan perawi hadis' .. ^___^
sedap jga maksud dy kan.. da la comel.
hope besar nanti baby nanti akan jd seperti name dy sndri.
2minggu cuti sem ni mengadap baby ni je. best. 


best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-