Disini..sy nak share cerita tetang cuti sem sy yang paling indah. lebih indah dari cameron yang hampir tiap kali cuti sy gie. lebih indah dari pulau langkawi yang sangat teringin sy melihat keindahannya.
Kenapa dengan cuti kali ni.? sy berjumpa dengan kekasih hati ke.? :)
haha.tapi lebih hebat dari tu. Allah..
Bissmillahirrahmanirrahim..
cuti pada kali ni Allah memberi rezeki ilmu kepada saya bagai hujan tanpa henti.
Nikmat yang -Dia berikan, sukar sy gambar kan melalui kata-kata.
satu persatu sy pelajari. Sy tidak hiraukan kata-kata org sekeliling.
ilmu al-quran..sy cuba terapkan satu persatu dalam hati.
ditambahkan lagi dengan pengajian tafsir al-quran.
sejuk..tenang dalam hati..Allah lebih mengetahui.
Pada 25 Disember, saya hadir dalam satu ceramah dari ustaz hanafiah di kota raja.
pada awalnya,sy tidak tahu diamana terletaknya tempat kota raja.
perjalanan ke kota raja sangat la pendalaman.
tetapi suasana sepanjang perjalanan sangat la tenang.kerana
disebelah kiri sy terdapat hutan yang penuh kehijauan.
manakala, disebelah kanan saya..terdapat anak sungai yang mengalir. tenang. :)
tiba sy di kota raja..sy disambut dengan alunan selawat serta qasidah.
tenang dihati Allah yang mengetahuinya.
selangkah sy masuk ke dalam tempat yang diberi nama Raudhatul Jannah..
sy seolah-olah terpegun. 1001 perasaan hadir.
sy melihat..ramai lelaki memakai pakaian jubah putih serta berserban manakala bagi para muslimah berjubah hitam serta niqab. Allahu. sebak. Bagai dialam syurga. seperti melihat para syuhada serta bidadari.
Hati sy cukup tenang apabila ditambah lagi ilmu mendengar ceramah tentang ' penantian dialam barzakh'..
tetapi...apabila mendengar keadaan kita disana..Allah...
dalam hati tak berhenti berdoa.. "ya'Allah matikan lah aku dalam iman..ya'Allah..beri masa saya untuk bertaubat''...
Memikir tentang 'mati' tu amat la membuat hidup sy tidak tenang. :(
malah sy tahu..bukan saja sy..tetapi pd para pembaca jga.
kita sama-sama akan dihidupkan kembali untuk kali kedua disana.
apakah sudah cukup amalan untuk dibawa..?
Allahurabbi..cukuplah kematian sebagai sebaik-baik penasihat.







No comments:
Post a Comment