JellyPages.com

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

seindah perhiasan didunia adalah wanita yang solehah

Saturday, 14 June 2014

Sebarkan bahagia..

Assalamualaikum.
Disini sy nak share kan beberapa ilmu yang sy dapat dr majlis ilmu yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha. Setiap lantunan kata yang yang lembut,amat melenturkan pada hati-hati yang mendengarnya.
Setiap bicara nya juga, beliau sentiasa tersenyum indah.

Adakalanya dalam kesibukan duniawi..kita perlukan masa untuk bersendirian.
Hal ini kerana..kita perlukan menghidupkan jiwa ataupun hati yang telah mati dan lalai

kita berhak untuk mendapat kebahagian didunia selain kita mengharapkan kebahagian diakhirat.
Sebenarnya bahagia itu kita boleh dapat setiap hari jika kita dekat dengan Allah. (kata-kata dari ustazah)
ya, kita boleh merasai kebahagian jika kita tahu caranya.

caranya adalah dengan sentiasa memandang disekeliling kita dengan perkara positif.
sentiasa senyum walaupun dikelilingi masalah yang tidak ada penghujungnya.

~sebarkan bahagia ..itulah kata dari beliau.Ustazah Fatimah Syarha.

Dimana kita boleh dapatkan ketenangan.?
satu je jawapan untuk persoalan diatas.ia ada pada Allah.

pada Allah? ya..ia ada pada disetiap solat kita,bacaan al-quran..dan zikirullah..
kata ustazah, ketenangan hati kita juga terdapat dalam surah dhuha.
Surah Dhuha : ayat 11 - 'Kalau kita sentiasa menyebut-nyebut keindahan Allah bagi pasti hidup kita sentiasa tersenyum.'


Tetapi,jika kita masih berasa tidak tenang. walaupun sudah berdoa berkali-kali.
cuba kita check solat kita.adakah solat kita itu betul.
Jika kita ingin melihat kehidupan kita,kita lihat cara solat kita.
Jika solat kita tenang..begitu juga lah dengan kehidupan kita.
ok.tanya pada hati.sepanjang umur kita, berapa solat yang berkualiti yang kita bentangkan depan Allah.?
( muhasabah diri )
wahai akhi dan ukhti yang sy syg


.kita hanya insan biasa yang tidak akan pernah sunyi dalam melakukan dosa.

Terakhir, sy ingin menyentuh soal aurat.
Adakah seorang wanita dilarang untuk berfesyen?
salah ke? tetapi Allah kan suka pada sesuatu yang cantik.
ye, betul tu. :) Allah suka pada sesuatu yang cantik dan indah.
Dan ''Seindah perhiasan duniawi adalah wanita solehah. Dan wanita solehah amatlah dicemburui bidadari syurga'' bertuah nya ya ukthi sehingga dicemburui bidadari syurga.

Kembali pada soalan td, islam tidak larang untuk berfesyen,asalkan ada 5perkara ni.
1- Tutup aurat

2- Bersederhana
3- Pakaian itu diiktiraf
4- Pakaian yang tidak menyerupai pakaian lelaki
5- Pakaian yang tidak sama dengan pakaian wanita kafir.

Sahabat sekalian, tutup lah aurat walau keadaan terpaksa pun.cukuplah kecantikan kita hanya untuk suami.
serta bersederhana lah pada semua keadaan termasuk lah dalam berpakaian. seperti manik tidak terlampau banyak sehingga lebih menyinar dari matahari. ketiga, pastikan pakaian kita diiktiraf seperti tidak jarang,tidak ketat. kesian kulit tu sayang kalau asyik dibalut-balut..tetapi lain la kalau diri tu nak practice merasai balut ketat-2 mcm diikat dengan kain kapan. Keempat, pakaian tidak menyerupai orang lelaki. kan lebih manis kalau awk awk tu berbaju kurung. kata orang, jadilah wanita melayu terakhir.sejuk mata mak mentua pandang nanti. ^^ dan yang terakhir, pastikan pakaian tidak sama dengan pakaian orang kafir.
itu yang sedang terjadi sekarang. jadi,sebelum keluar rumah tu..ambil masa untuk lihat diri kita dicermin.
Tanya pada hati, Allah redha tak kalau kita berpakaian begini. Lebih baik kita cantik pada pandangan Allah dari kita cantik pada pandangan manusia. :) 


InshaaAllah..semoga apa yang saya sampaikan sedikit sebanyak dapat memberi ilmu.
Allah tahu hambanya itu lemah. Sebab itu Allah selalu beri kita dugaan dan ujian dalam hidup kita supaya kita mengadu,merintih pada -Dia. semoga saya serta pada yang sedang membaca ni menjadi hamba sentiasa dalam keredhaan-Nya.

best tak..?? klu best just klik ''like'' -tq-

No comments:

Post a Comment