Lebih kurang lagi 2minggu cuti sem nak habis.
Lepas ni,bertambah ilmu nursing yang dapat sy pelajari di sem4.
Syukur,Alhamdulillah..niat murni sy dari kecil hampir tercapai.
Dulu..orang selalu pandang rendah pada sy..^^
''why your ambition is 'nurse' farhanah ''
Ade yang sokong,ade yang membantah kerana bagi mereka perkejaan seorg 'nurse' tu kecil.
Alhamdulillah..sy diberi kedua ibu bapa yang tak putus-2 memberi sokongan
Hmm...mungkin 'nurse' dipandang kecil..kotor..
Tapi bagi sy.. pekerjaan NURSE tu terlalu la besar.
Sy xmalu tiap-2 hari cuci B.O n P.U ,ambil bedpan..
Bagi sy,bangga tau sebab tak semua orang boleh buat macam mane sy atau seorang nurse buat.
Sy bersyukur sebab Allah kurniakan hati yang 'cepat kesian' 'tak boleh tengok orang susah atau sakit'
Dengan ada nya ilmu nursing ni.sy dapat bantu mereka yang dalam kesakitan.
Sy tak harap apa-apa balasan. sebab sy rase satu kepuasan bila sy dapat rawat pt sy.
dan..rasa happy klu pt ucap 'terime kasih nurse' 'terime kasih misi' ..
tu pun da cukup bg sy walaupun sy xmengharap kata-kata 'terime kasih' tu.
Selain tu,special nye keje cik misi ni..selain dkt dunia, sambil-2 tu kte sedang kumpul saham dekat akhirat.
hee..special kan. TAPI, kalau nak semua tu..kje kena la sentiasa JUJUR dan IKHLAS.
hmm..sy nak selitkan sikit tentang
as-syahid Ahmad Ammar dan Mujahidah Siti Hajar.
tahu tak. sy jelous dengan mereka. mereka mempunyai persamaan, dan persamaan tu amat sy harapkan walaupun sy tahu sy xsehebat mereka. Allah ambil mereka pada usia 20tahun.
dan..genap 27 Julai ni ..sy 20tahun. ^^
-20tahun- da lame rasenye Allah pinjamkan satu nyawa ni pada sy.
macam-macam Allah bagi sy pinjam. Anggota badan,hati yang satu ni.. :)
lepas tu, baik nya Allah ..Allah letakkan sy dalam keluarga yang sangat baik,caring..tak terucaplah kalau nak cakap tentang nikmat yang Allah bagi. lepas tu, bila sy jauh dari keluarga untuk sambung study.. Allah hantar pula sahabat-sahabat yang baik dikelilingi sy. Subhanaallah..baiknya Allah. :)
Terasa malu sangat..ketika solat. Terasa sangat kerdil.
Tapi bila habis solat,ketika doa pd-Dia..terasa -Dia begitu dekat.
Bila doa sungguh-sungguh sampai menitis air mata,terasa seseorang peluk sy dengan erat.
Allahurabbi..hanya Allah maha memahami dan mengetahuinya.
Sy tak minta benda yang satu ni.Sebab sy tahu..amalan sy tak cukup lagi untuk dibawa kesana.
tapi..hati kecil sy teringin nak ikut mujahidah Siti Hajar kesana.Teringin sangat nak ikut As-syahid Ahmad Ammar.
Tak pela. selagi Allah pinjamkan nyawa ni.Selagi tu kita kene teruskn hidup dengan selalu membuat kebaikkan. InshaaAllah..semoga..diri ini..dan untuk pembaca yang sy sayang ni..sentiasa mendapat keredhaan dari-Nya.
Ramadhan hampir tiba.Sy harap ..kita jangan lepaskan bulan ramadhan,bulan yang sangat berkat ni berlalu begitu saja. time ni la kita kene up iman kita. InsyaaAllah..panjang umur..kita jumpa dibulan ramadhan ni. Semoga kita akan dapat sesuatu dibulan barakah ni.
Jadikan syahid itu cita-cita utama. Meskipun kita bukan lah seorang yang alim,ustaz,ustazah..tapi sekurang-kurangnya kita ada niat untuk berubah untuk menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik.









sangat mengagumi mereka....masyaAllah
ReplyDelete